Zahid 'Libas' Anwar Dan PH Habis-habisan..

Zahid 'Libas' Anwar Dan PH Habis-habisan.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zahid 'Libas' Anwar Dan PH Habis-habisan.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zahid 'Libas' Anwar Dan PH Habis-habisan..
link : Zahid 'Libas' Anwar Dan PH Habis-habisan..

Baca juga


Zahid 'Libas' Anwar Dan PH Habis-habisan..

PAKATAN Harapan (PH) hanya muncul dengan janji-janji manis sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, banyak perkara yang sangat mengelirukan dalam janji-janji PH kepada rakyat Melaka dan tidak ubah seperti ulangan, sewaktu negara berada di bawah pemerintahan pakatan itu selama 22 bulan sebelum ini.

Beliau berkata, perkara itu sebenarnya perlu menjadi pertimbangan pengundi Melaka, agar mereka memilih parti yang betul untuk mentadbir negeri bagi tempoh lima tahun akan datang.

“Mahu menggubal enakmen anti-lompat parti bagi menjamin kestabilan kerajaan, tetapi inilah parti yang mengiktiraf `katak berprinsip’.

“Mahu mengiktiraf kedudukan Ketua Pembangkang setaraf Exco, tetapi inilah parti politik yang memperkecilkan peranan Ketua Pembangkang semasa menjadi kerajaan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Menurutnya, PH juga kononnya mahu memberi hak peruntukan tahunan setara kepada setiap ADUN tanpa mengira parti, tetapi merekalah yang menafikan hak itu semasa berkuasa sebagai Kerajaan Persekutuan.

Katanya, PH berjanji mahu mewujudkan peluang pekerjaan baharu dalam pihak berkuasa tempatan (PBT) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), tetapi sebaliknya pernah mengatakan saiz perkhidmatan awam negara perlu dikurangkan.

Ahmad Zahid berkata, sebaliknya manifesto BN bagi PRN Melaka adalah janji sebenar, dan pengundi akan mengetahui dokumen janji itu adalah sesuatu yang jujur dan berpijak pada bumi yang nyata.

Presiden Umno itu berkata, kekuatan BN ialah mempunyai rekod pentadbiran yang cekap selama ini, namun pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), rakyat dikaburi dengan fitnah terhadap BN dan permainan persepsi mereka yang rakuskan kuasa.

“Sehingga telah memberdayakan rakyat dan Insya-Allah rakyat tidak terpedaya lagi. Orang Melaka akan buktikan. Awas janji palsu sedang berkeliaran,” katanya. – Malaysiapost



Demikianlah Artikel Zahid 'Libas' Anwar Dan PH Habis-habisan..

Sekianlah artikel Zahid 'Libas' Anwar Dan PH Habis-habisan.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zahid 'Libas' Anwar Dan PH Habis-habisan.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/11/zahid-libas-anwar-dan-ph-habis-habisan.html

Subscribe to receive free email updates: