NADMA Kena Lagi.. Bubar Sajalah.. - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul NADMA Kena Lagi.. Bubar Sajalah.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
NADMA Kena Lagi.. Bubar Sajalah..link :
NADMA Kena Lagi.. Bubar Sajalah..
NADMA Kena Lagi.. Bubar Sajalah..

PETALING JAYA: Bekas Ketua Menteri Melaka Idris Haron, menyelar Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), yang mendakwa negeri bertanggungjawab menguruskan bencana masing-masing, termasuk banjir besar.
Beliau berkata, NADMA sepatutnya terkedepan dalam menguruskan bencana.
“Nama agensi mereka sudah menceritakan segala-galanya, iaitu menguruskan bencana di peringkat kebangsaan,” katanya.
Katanya, ‘war room’ NADMA, perlu segera mengetuai tatkala krisis berlaku, termasuk melakukan koordinasi dengan semua agensi berkaitan bagi menghebahkan mengenai bencana, melakukan usaha menyelamat, dan urusan pascabencana.
Idris berkata, NADMA sepatutnya menghubungi semua agensi dan melakukan koordinasi dengan Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kebajikan, Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kesihatan, serta agensi berkaitan lain.
Beliau mempersoalkan sama ada Jabatan Meteorologi ada memaklumkan NADMA ramalan hujan lebat, seperti dijangkakan agensi ramalan kaji cuaca antarabangsa selepas Taufan Rai membadai Filipina.
“Bagaimana tiada satu pun dapat meramal kesan bencana itu di sini? Ia terlalu besar untuk tidak disedari.
“Rakyat di negeri sekecil Melaka sekalipun akan dimaklumkan menerusi media sosial dan Twitter, sekiranya banjir kilat dijangka berlaku bersertakan peringatan supaya berjaga-jaga dan melindungi harta benda,” katanya.
Idris berkata, berbanding sekadar menuding jari NADMA sepatutnya membuat pengumuman harian seperti dilakukan Kementerian Kesihatan ketika awal wabak Covid-19 melanda.
Beliau berkata, banjir yang berlaku pada hujung minggu lalu itu, tidak sepatutnya diambil ringan dan rakyat mempunyai hak mengetahui pendekatan diambil selepas Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang, dilanda banjir.
Katanya, mangsa banjir juga masih berada dalam keadaan berisiko berdepan pelbagai jangkitan penyakit, seperti taun.
Terdahulu, NADMA berkata, negeri perlu bertanggungjawab menguruskan bencana, selain bertindak sebagai agensi pemudah cara memantau usaha negeri dari masa ke masa.
Demikianlah Artikel NADMA Kena Lagi.. Bubar Sajalah..
Sekianlah artikel NADMA Kena Lagi.. Bubar Sajalah.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel NADMA Kena Lagi.. Bubar Sajalah.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/12/nadma-kena-lagi-bubar-sajalah.html