RM10 Juta Derma Untuk Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Tu Dah Ke Mana?

RM10 Juta Derma Untuk Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Tu Dah Ke Mana? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RM10 Juta Derma Untuk Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Tu Dah Ke Mana?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RM10 Juta Derma Untuk Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Tu Dah Ke Mana?
link : RM10 Juta Derma Untuk Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Tu Dah Ke Mana?

Baca juga


RM10 Juta Derma Untuk Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Tu Dah Ke Mana?

PETALING JAYA: “Satu sen sumbangan berjuta ringgit pun kami tak dapat, permohonan maaf jauh sekali,” itu dakwaan Zamzuri Zakaria, waris mangsa kebakaran pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Dato Keramat, Kuala Lumpur, setelah empat tahun tragedi itu berlalu.

Beliau berkata keadaan itu memaksa ibu bapa 31 pelajar yang terkorban dan cedera dalam kebakaran itu mengambil tindakan saman terhadap pengetua tahfiz berkenaan, Mohd Zahid Mahmood, dan isterinya, serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Kes itu sedang berjalan di mahkamah.

Mohammad Aidil Aqmal hanya berusia 10 tahun apabila rentung dalam kebakaran pusat tahfiz itu pada Sept 2017. Kehilangan itu masih diratapi ayahnya, Zamzuri, yang mendakwa pihak berkenaan gagal mempamerkan sebarang simpati terhadap beliau sekeluarga.

“Daripada hari anak saya meninggal, sampai ke hari ini, langsung tak pernah datang jenguk. Nak minta maaf macam mana? Jumpa kami pun tidak pernah. Tapi dia (Zahid) beri kenyataan pada media semua baik-baik,” dakwanya.

Beliau mahukan penjelasan berhubung peranan pengurusan sekolah dan MAIWP bersabit sumbangan orang awam – dikatakan antara RM8 juta hingga RM10 juta – yang dikumpul untuk waris mangsa.

“Mereka tidak telus,” dakwa beliau.

Peguam pengetua terbabit sudah dihubungi dan dimaklumkan anak guamnya akan memberikan respons kemudian.

Perbicaraan saman sivil itu tergendala beberapa kali akibat wabak Covid-19. Tarikh baharu perbicaraan kini ditetapkan pada 5 hingga 12 Jan dan 21 hingga 22 Feb depan.

Pada 17 Ogos 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong ke atas seorang remaja selepas didapati membakar pusat tahfiz berkenaan.

'BUKAN ANAK KAU YANG MATI'

Mengimbau detik hitam September 2017 itu, Zamzuri berkata dia melalui jalan ke pusat tahfiz itu kerana mahu membeli makanan untuk isterinya bersahur, di Pasar Keramat.

Dia kemudiannya ternampak asap hitam dari arah pusat tahfiz tersebut lalu bergegas ke sana tetapi gagal menyelamatkan anaknya.

“Saya sudah ada dekat tingkat atas (bangunan tahfiz). Waktu itu saya turun naik bangunan itu, sebanyak tiga kali. Saya panggil nama anak saya. (Tapi) waktu itu hanya bunyi api meletup-letup saja.

“Ada orang naik atas, pegang saya suruh turun. Saya marah. Saya kata ‘bukan anak kau yang mati, anak aku yang mati. Anak aku yang kat dalam,” katanya.

Akhirnya, Zamzuri terpaksa menerima hakikat. “Saya telefon isteri saya, beritahu anak kami sudah tiada. Waktu tu azan subuh. Saya duduk tepi dinding. Tak ada apa yang boleh saya buat,” katanya.

Hari ini Zamzuri dan isteri hanya mengenang keceriaan anak kesayangan untuk mengubat kesedihan.

“Petang sebelum dia meninggal, saya bagi dia makan kuih sagu merah. Saya dan isteri ada datang jumpa dia.

“Masa (kami) nak balik, dia peluk saya betul-betul. Dia letak kepala dia betul-betul di dada saya. Masa tu saya tak rasa apa-apa. Lepas itu dia peluk emak dia kuat-kuat,” katanyalapor FMT


Demikianlah Artikel RM10 Juta Derma Untuk Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Tu Dah Ke Mana?

Sekianlah artikel RM10 Juta Derma Untuk Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Tu Dah Ke Mana? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RM10 Juta Derma Untuk Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Tu Dah Ke Mana? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/01/rm10-juta-derma-untuk-tahfiz-darul.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :