Yuran Pemilihan Ketua AMK RM10,000?

Yuran Pemilihan Ketua AMK RM10,000? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Yuran Pemilihan Ketua AMK RM10,000?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Yuran Pemilihan Ketua AMK RM10,000?
link : Yuran Pemilihan Ketua AMK RM10,000?

Baca juga


Yuran Pemilihan Ketua AMK RM10,000?

MEMBAYAR yuran untuk memasuki pertandingan merupakan satu hal biasa bagi seseorang peserta.

Namun, membayarnya dalam jumlah yang tinggi merupakan sesuatu yang luar biasa dan jarang berlaku dalam kebanyakan pertandingan.

Hakikatnya, itulah harga yang perlu dibayar oleh ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menyertai Pemilihan 2022 parti itu yang dijangka berlangsung pada 22 hingga 29 April ini.

Berdasarkan manual Pemilihan PKR 2022 yang disediakan oleh Jawatankuasa pemilihan Parti (JPP), ahli yang ingin mengambil bahagian perlu membayar antara RM3,000 hingga RM20,000 bagi merebut jawatan dipertandingkan di peringkat pimpinan pusat.

Pembayaran yuran itu bagaimanapun bukan lagi baharu bagi ahli PKR kerana pendekatan tersebut telah diperkenalkan sejak 2018 bagi tujuan menampung kos pemilihan parti itu.

Perkara tersebut telah dijelaskan oleh bekas Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Ismail pada 2018 selepas parti itu berjaya membentuk kerajaan bersama gabungan Pakaran Harapan.

Sementara itu, Pemilihan PKR 2022 yang akan berlangsung tidak lama lagi nampaknya semakin sengit.

Ramai ahlinya dilihat menawarkan diri untuk mengisi posisi penting dalam parti berkenaan bagi tempoh tiga tahun.

Setakat ini, seramai 20 ahli telah menawarkan diri untuk bertanding bagi merebut jawatan di peringkat Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

17 daripadanya bersaing untuk merebut jawatan naib presiden manakala dua lagi beradu untuk merebut jawatan timbalan presiden.

Bagi jawatan presiden pula, tiada ahli yang menawarkan diri untuk bertanding setakat ini selain Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, seramai 19 ahli wanita itu telah menawarkan diri untuk bertanding bagi merebut jawatan di peringkat Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP).

Bagi jawatan peringkat Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP) pula, seramai 10 belia bersaing untuk merebut jawatan dipertandingkan.

Dalam pada itu, JPP menjangkakan parti itu akan menerima lebih 10,000 pendaftaran calon di 222 cabang di seluruh negara.

Senarai calon yang sah bertanding hanya akan dikeluarkan oleh JPP pada 19 April ini lapor Sinar Harian


Demikianlah Artikel Yuran Pemilihan Ketua AMK RM10,000?

Sekianlah artikel Yuran Pemilihan Ketua AMK RM10,000? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Yuran Pemilihan Ketua AMK RM10,000? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/04/yuran-pemilihan-ketua-amk-rm10000.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :