ADUN Tronoh Didapati Bersalah Rogol Amah - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ADUN Tronoh Didapati Bersalah Rogol Amah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
ADUN Tronoh Didapati Bersalah Rogol Amahlink :
ADUN Tronoh Didapati Bersalah Rogol Amah
ADUN Tronoh Didapati Bersalah Rogol Amah
Choo Kiong memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) atas tiket DAP sebelum keluar parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Disember 2020 sebagai ahli bersekutu, sekarang beliau bersama Parti Bangsa Malaysia (PBM) sejak Januari lalu.
Pada 23 Ogos 2019, Choo Kiong yang juga bekas Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri didakwa merogol seorang wanita di dalam sebuah bilik di tingkat atas sebuah rumah di Meru Desa Park, Bandar Meru Raya.
Perbuatan tersebut didakwa dilakukan antara pukul 8.15 hingga 9.15 malam, 7 Julai 2019. Pertuduhan terhadap beliau dilakukan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Pada 16 Mac 2022 Media melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pertuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia yang sedang dihadapinya adalah merupakan muslihat politik.
Choo Kiong, 52, menyatakan perkara itu di hadapan Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed ketika sesi pemeriksaan utama oleh peguam Datuk Rajpal Singh yang mewakili bekas Exco kerajaan negeri itu.
Menurut beliau, muslihat itu dirancang pihak tertentu disebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Perak goyah kerana hanya memiliki majoriti tipis dengan kelebihan tiga kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Malah katanya, sekiranya terdapat dua ADUN daripada PH disingkirkan atau dijatuhkan, maka kerajaan negeri ketika itu juga akan jatuh.
“Ada juga ura-ura yang mengatakan terdapat usul tidak percaya kepada Menteri Besar akan diadakan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selain saya akan diganti atau disingkirkan. Selepas kejadian, ada seorang lagi Exco yang dituduh terlibat dalam kes rasuah. Ini adalah jelas menunjukkan ada pihak yang cuba menjatuhkan kami dalam kerajaan pada masa itu. Tarikh kejadian iaitu 7 Julai 2019 juga adalah terlalu dekat dengan majlis angkat sumpah penggal kedua Exco dan saya merupakan Exco pada ketika itu.
“Saya rasa ada pihak yang amat iri hati dan cemburu terhadap porfolio yang dipegang iaitu kerajaan tempatan, perumahan, pengangkutan awam dan hal ehwal bukan Islam dan kampung baharu,” katanya pada hari pertama prosiding bela diri di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Choo Kiong yang memilih memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi juga memberitahu mahkamah, beliau percaya mempunyai musuh politik kerana sentiasa berasa diekori oleh kenderaan tidak dikenali setiap kali ke pejabatnya di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri atau pulang ke rumah.
Malah katanya, beberapa kali kereta diletakkan di tepi jalan sehingga dia masuk ke rumah atau meronda di depan rumah dan taman perumahannya.
“Isteri saya juga selalu menerima panggilan telefon yang ganjil atau dicurigai selain ada orang datang ke rumah menyamar sebagai pembanci,” katanya.
Dalam pada itu, menjawab soalan Rajpal sama ada dia percaya dirinya terlibat dengan muslihat politik berdasarkan saksi terlindung kedua di mahkamah yang membawa pembantu rumahnya untuk membuat laporan polis dan pernah menyebutkan nama empat ADUN yang terlibat dalam kes itu.
Katanya, dalam laporan polis dibuat Datuk Ngeh Koo Ham (Penasihat DAP Perak) juga menyebut bahawa lelaki yang membawa pembantu rumahnya pergi ke balai untuk membuat laporan telah diacukan pistol dan diberi wang sebanyak RM100,000 untuk menjalankan tugas itu.
“(Polis) tak pernah siasat tentang muslihat politik dan saya ada sebut dalam laporan polis saya,” katanya ketika ditanya sama ada pegawai penyiasat menjalankan soal siasat mengenai dakwaan muslihat politik itu.
Sementara itu semasa disoal balas Pengarah Pendakwaan Negeri Perak, Azlina Rasdi sama ada dia ada membuat laporan polis kerana diekori, Choo Kiong memberitahu tiada laporan polis dibuat berkaitan dakwaan tersebut.
Malah Choo Kiong menolak cadangan Azlina bahawa dakwaan dia diekori adalah ilusinya semata-mata. ADUN Tronoh itu juga memberitahu dia tidak pernah menerima ugutan secara serius melainkan hanya surat layang yang diakuinya perkara biasa sebagai ahli politik.
Menjawab soalan Azlina sama ada PH masih menjadi kerajaan negeri dan memerintah dengan stabil selepas kes rogol melibatkannya, Choo Kiong mengakui perkara itu dan memberitahu tiada apa yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri dan PH hanya jatuh setahun kemudian...
Dan hari ini.. AstroAwani melaporkan..
IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong didapati bersalah atas tuduhan merogol pembantu rumahnya seorang warga Indonesia, tiga tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu pagi ini.
Beliau membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan pihak pendakwaan kerana berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah.
Demikianlah Artikel ADUN Tronoh Didapati Bersalah Rogol Amah
Sekianlah artikel ADUN Tronoh Didapati Bersalah Rogol Amah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel ADUN Tronoh Didapati Bersalah Rogol Amah dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/07/adun-tronoh-didapati-bersalah-rogol-amah.html