Pemimpin PKR Syok Sendiri? - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemimpin PKR Syok Sendiri?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Pemimpin PKR Syok Sendiri?link :
Pemimpin PKR Syok Sendiri?
Pemimpin PKR Syok Sendiri?

SAYA merujuk kenyataan-kenyataan yang dilaungkan oleh barisan pimpinan PKR semasa kongres parti itu yang berlangsung dari 15 hingga 17 Julai lalu.
Pada umumnya, kenyataan mereka seolah-olah memberi gambaran bahawa Malaysia telah lama bankrap dan ramai rakyat mati kebuluran.
Mereka memperlihatkan juga semangat gila kuasa dengan berani mengatakan hanya PKR yang boleh menyelamatkan negara daripada perkara-perkara atau masalah-masalah tidak diingini.
Dalam masa sama, mereka menonjolkan PKR seperti mempunyai kuasa mutlak terhadap semua masalah. Perkara ini diucapkan sendiri oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abdul Halim apabila menyebut, “Hanya kita saja yang boleh menyempurnakan segala kebaikan dan kebajikan kepada rakyat.”
Untuk peringatan, golongan pembuat dasar dan golongan pelaksana di sektor kerajaan lebih ramai jika mahu dibandingkan dengan ahli politik. Jadi bagaimana kata-kata Adam Adli ini benar?
Dengan itu, saya ingin mencabar PKR untuk membuat aku janji secara bersumpah bagi menentukan pihak mereka kuat iman dengan tidak akan menyalahgunakan kuasa yang ada.
Akhir kata, ingatlah ungkapan ini iaitu kehidupan di dunia adalah perjuangan. Dalam perjuangan itu ada cabaran dan dalam cabaran itu ada dugaan dan cubaan.
Tiada sebarang kemenangan di dunia ini, kalau ada pun ia bersifat sementara, bukannya bersifat hakiki iaitu kekal. Jadi, tidak perlu mana-mana pihak menunjuk pandai sangat apabila bercakap.
Selagi kita tolak politik agama atau politik Islam, jangan harap kita diberkati, dirahmati dan juga lebih dilindungi oleh Allah SWT kecuali kita mengikut pemerintahan Khalifah Omar Abdul Aziz yang mana serigala dan kambing boleh hidup bersama secara aman damai dan harmoni.
TEROPONG JAUH,
Jerantut, Pahang
Demikianlah Artikel Pemimpin PKR Syok Sendiri?
Sekianlah artikel Pemimpin PKR Syok Sendiri? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pemimpin PKR Syok Sendiri? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/07/pemimpin-pkr-syok-sendiri.html