Khalid Ibrahim Selesai Isu Catuan Air Selangor - Najib

Khalid Ibrahim Selesai Isu Catuan Air Selangor - Najib - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Khalid Ibrahim Selesai Isu Catuan Air Selangor - Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Khalid Ibrahim Selesai Isu Catuan Air Selangor - Najib
link : Khalid Ibrahim Selesai Isu Catuan Air Selangor - Najib

Baca juga


Khalid Ibrahim Selesai Isu Catuan Air Selangor - Najib

PETALING JAYA: Keberanian bekas Menteri Besar Selangor, Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memeterai penstrukturan semula air Selangor dengan Kerajaan Pusat pada 2014 membolehkan penduduk di Lembah Klang bebas daripada masalah catuan air bagi tempoh antara 10 hingga 20 tahun.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jasa besar Allahyarham itu termasuk meluluskan loji penapisan air Langat 2, akan terus dikenang beliau dan seluruh penduduk.

Katanya, walaupun dibantah rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) pada masa itu, namun Allahyarham tetap tidak berganjak dengan keputusan untuk menandatangani memorandum persefahaman (MoU) berkenaan.

“MoU air itu dijadikan alasan permulaan oleh PR bagi menyingkirkan Allahyarham sebagai Menteri Besar selain memecatnya daripada parti beberapa bulan kemudian.

“Namun, MoU berkenaan dan projek-projek itu tetap diteruskan dan dinanti-nantikan oleh kerajaan Selangor biarpun selepas arwah dipecat sebagai Menteri Besar,” katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

Najib berkata, situasi itu jelas membuktikan Abdul Khalid sanggup mengetepikan politik sempit demi kelangsungan hidup penduduk Lembah Klang.

Abdul Khalid, 76, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur pada pukul 11.08 malam tadi akibat jangkitan pada injap jantung.

Allahyarham yang meninggalkan seorang isteri, empat anak dan dua cucu dilaporkan berada di hospital sejak 23 April lalu.

Abdul Khalid dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang ke-14 dari 2008 hingga 2014. – UTUSAN

Al-Fatihah buat Allahyarham..


Demikianlah Artikel Khalid Ibrahim Selesai Isu Catuan Air Selangor - Najib

Sekianlah artikel Khalid Ibrahim Selesai Isu Catuan Air Selangor - Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Khalid Ibrahim Selesai Isu Catuan Air Selangor - Najib dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/08/khalid-ibrahim-selesai-isu-catuan-air.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :