Lepas Najib.. Zahid Pulak Kot?

Lepas Najib.. Zahid Pulak Kot? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lepas Najib.. Zahid Pulak Kot?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lepas Najib.. Zahid Pulak Kot?
link : Lepas Najib.. Zahid Pulak Kot?

Baca juga


Lepas Najib.. Zahid Pulak Kot?

"Saya terkejut. Saya kecewa dengan keputusan mahkamah yang tidak membenarkan saya memasukkan bukti baharu yang saya sesungguhnya percaya hakim Mohd Nazlan mempunyai konflik kepentingan yang tinggi.

"Beliau pastinya mempunyai pengetahuan peribadi yang dalam tentang semua transaksi berkaitan dana 1MDB dan juga SRC, selain penyiasatan berkaitan penglibatan beliau dalam Maybank oleh SPRM," katanya kepada media di lobi Istana Kehakiman di Putrajaya, semalam.

Mohd Nazlan adalah Hakim Mahkamah Tinggi (kini Hakim Mahkamah Rayuan) yang mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram dana SRC dan memerintahkannya dipenjara 12 tahun serta didenda RM210 juta pada 28 Julai 2020.

Sebab Mahkamah tak ikut kehendak dia.. maka diapun kecewalah dan penyokong-penyokong dia mulalah mendakwa yang perbicaraan itu tidak adil.. Hakim pulak yang dia nak bicarakan..

Bertabahlah Najib..

Laporan berkaitan..

PUTRAJAYA: Permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangguhkan pendengaran ra­yuan akhir kes pe­nyelewe­ngan dana SRC International Sdn. Bhd. dan memasukkan bukti baharu ditolak oleh Mahkamah Persekutuan di sini, semalam.

Dengan keputusan panel lima hakim yang diketuai Ke­tua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat itu, pendengaran rayuan akhir Najib akan diteruskan esok.

Bagaimanapun, difahamkan, pihak pembe­laan akan memfailkan semakan terhadap keputusan mahkamah itu.

Sama ada Mahkamah Persekutuan akan mem­buat keputusan terhadap rayuan akhir itu pada hari terakhir pende­ngaran 26 Ogos ini ti­dak dapat dipastikan.

Mahkamah Persekutuan telah memaklumkan kepada pihak terlibat sebanyak empat kali tiada sebarang pe­nangguhan diberikan kepada prosiding rayuan akhir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak walaupun berlaku penukaran peguam.

Namun begitu, berdasarkan surat firma guaman, Tetuan Shafee yang sebelum ini mewakili Najib dari hari pertama beliau didakwa, Ahli Parlimen Pekan itu tetap menamatkan perkhidmatan mereka.

“Walaupun mengetahui tarikh perbicaraan telah ditetapkan le­bih awal, perayu masih menamatkan perkhidmatan peguam lama dan melantik peguam baharu. Itu adalah haknya tetapi perayu tidak sepatutnya datang ke mahkamah dan menyatakan peguamnya tidak bersedia untuk menjalankan kes.

“Berdasarkan Peraturan 6(a) Kaedah-Kaedah Profesion Undang-Undang (Amalan dan Etiket) 1978 (Kaedah 1978), seseorang peguam tidak boleh menerima sesuatu kes sekiranya tidak mampu menjalankannya. Oleh itu, apabila seorang peguam menerima sesuatu kes, beliau perlu dilihat sebagai mampu untuk menjalankan kes dan mewakili anak guamnya apabila diperlukan.

“Peraturan 1978 ini turut mengenalpasti mahkamah di negara ini tidak cenderung untuk memberikan penangguhan kecuali terdapat alasan kukuh. Peraturan asasnya ialah, peguam perlu mengambil semua langkah untuk bersedia menghadapi perbicaraan pada tarikh yang ditetapkan,” kata Hakim Tengku Maimun Tuan Mat ketika membaca penghakiman sebulat suara menolak permohonan Najib untuk menangguhkan rayuan.

Hakim Tengku Maimun bersidang bersama-sama Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

Menurut Hakim Tengku Maimun, panel lima hakim itu menerima pakai hak seseorang tertuduh untuk mendapatkan perbicaraan yang adil adalah sebahagian daripada hak untuk hidup dan kebebasan peribadi sebagaimana yang dinyatakan dalam Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Hak untuk tertuduh memilih peguam pilihannya adalah sebahagian daripada hak mendapatkan perbicaraan yang adil sebagaimana yang dinyatakan dalam Perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan. Tetapi apa yang ingin kami katakan, hak ini bukan hak mutlak.

“Kami bersetuju, dalam kes yang sesuai, sekiranya peguam tidak bersedia meneruskan kes, Mahkamah boleh mempertimbangkan untuk memberikan penangguhan. Tetapi dalam kes ini, kami tidak berfikiran begitu,” kata beliau.

Memetik kata-kata Hakim Richard Talalla dalam penghakimannya dalam kes Lai Cheng Chong lawan pendakwaan, Hakim Tengku Maimun menyatakan keadilan yang ditangguh dalam kes itu adalah keadilan yang dinafikan kepada tertuduh lain.

“Tidak boleh dipertikaikan ketika ini, keadilan tertangguh di mahkamah yang membawa kepada penafian. Terdapat begitu banyak kes tertunggak.

“Statistik menunjukkan punca utama bagi situasi malang ini ialah penangguhan perbicaraan pada tarikh yang ditetapkan, sebahagian besarnya disebabkan oleh peguam yang memohon perkara yang sama atas pelbagai alasan yang boleh dielakkan jika urusan mereka diuruskan dengan adil dan munasabah. Ini mengambil kira kewajipan peguam bukan sahaja kepada anak guam tetapi juga kepada mahkamah dan orang ramai secara amnya.”

Sementara itu, Najib dalam sidang akhbar selepas prosiding itu, menyuarakan rasa terkejut dengan keputusan mahkamah semalam. Bekas Presiden UMNO itu menyatakan permohonan untuk memasukkan bukti baharu itu cukup kuat untuk diterima mahkamah namun tidak berlaku sedemikian.

“Saya terkejut. Saya kecewa dengan keputusan mahkamah yang tidak membenarkan saya memasukkan bukti baharu yang saya sesungguhnya percaya Hakim Mohd. Nazlan mempunyai konflik kepentingan yang tinggi,” ujarnya.

Hisyam pula menyatakan, pihaknya akan berbincang mengenai langkah seterusnya berdasarkan keputusan itu dan akan memaklumkan kepada mahkamah mengenainya esok. – UTUSAN


UMNO perlu dilihat bersih dari Pemimpin-pemimpin yang korup untuk membolehkannya kembali menerajui negara..

Meletakkan Pemimpin-pemimpin mereka yang dibuktikan oleh Mahkamah sebagai korup di dalam Penjara akan memperlihatkan UMNO sebagai sebuah Parti yang tidak melindungi salah laku Pemimpin-pemimpin mereka..

Lepas Najib.. Zahid Pulak Kot?


Demikianlah Artikel Lepas Najib.. Zahid Pulak Kot?

Sekianlah artikel Lepas Najib.. Zahid Pulak Kot? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lepas Najib.. Zahid Pulak Kot? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/08/lepas-najib-zahid-pulak-kot.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :