Selain Kapal TLDM.. Kapal APMM Pun Tak Siap Lagi?

Selain Kapal TLDM.. Kapal APMM Pun Tak Siap Lagi? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Selain Kapal TLDM.. Kapal APMM Pun Tak Siap Lagi?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selain Kapal TLDM.. Kapal APMM Pun Tak Siap Lagi?
link : Selain Kapal TLDM.. Kapal APMM Pun Tak Siap Lagi?

Baca juga


Selain Kapal TLDM.. Kapal APMM Pun Tak Siap Lagi?

Asasnya Kapal LCS TLDM yang kini berada dalam kategori halimunan atau Stealth itu adalah satu projek yang dianugerahkan secara rundingan terus kepada Bousted Naval Shipyard (BNS).

Menariknya Kapal kategori Stealth buatan Malaysia ini bukan radar saja tak mampu mengesannya malah melalui mata kasarpun kita tak mampu melihatnya..  

Tempoh kontrak bagi projek yang bernilai RM9.1286 Billion itu adalah 10 tahun dan RM6.083 Billion telah dibayar oleh Kerajaan Malaysia Kepada BNS, namun hingga kini TIADA sebuah Kapal pun yang telah disiapkan.

Selain dari TLDM, kita juga negara kita juga punya APMM untuk menguatkuasa undang-undang dan ketenteraman di bawah mana-mana undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia.

Dulu.. pada tahun 2017, Media melaporkan..

Agensi bertanggungjawab mengawal maritim Malaysia bakal memiliki tiga buah Kapal Peronda Luar Pantai (OPV) buatan tempatan bernilai RM740 juta [AS$181.6 juta] bermula tahun 2020 bagi meningkatkan rondaan di kawasan perairan negara yang kian mencabar.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Maritim Zulkifili Abu Bakar memberitahu, OPV baru itu akan dapat meningkatkan aspek keselamatan dan kedaulatan perairan negara yang meliputi hampir 615 ribu kilometer persegi.

“Ini secara langsung membuktikan bahawa Kerajaan menerusi Maritim Malaysia amat komited dan serius terhadap usaha-usaha yang berterusan dalam meningkatkan aspek keselamatan dan kedaulatan perairan negara daripada ancaman yang semakin kompleks,” katanya dalam ucapan pelancaran projek pembinaan tiga kapal itu di Limbungan THHE Destini Sdn Bhd, di Pulau Indah, Pelabuhan Klang.

“Maritim Malaysia memiliki 256 aset sedia ada, ianya tidak mencukupi bagi mengawal serta memantau perairan negara yang seluas 614,158 kilometer persegi.

“Dengan adanya aset yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang canggih dan terkini seperti OPV ini, sudah semestinya ia akan mempertingkat dan memperkasakan lagi kebolehupayaan Maritim Malaysia dalam memastikan perairan negara selamat daripada sebarang bentuk ancaman jenayah di laut,” tambahnya lagi.

Zulkifli menjelaskan, tiga buah kapal OPV itu lebih besar daripada tiga kapal peronda generasi baru (NGPV) yang kini sedang digunakan oleh APMM.

Katanya, OPV terbaru APMM yang dibina oleh TH Heavy Engineering Berhad serta Kumpulan Destini Berhad ini mempunyai ukuran 83 meter panjang dan 13.7 meter lebar dengan berkeupayaan melaksanakan operasi dan rondaan di laut dalam tempoh maksimum 21 hari tanpa ulang bekal, dengan kapal pertama dijangka siap sepenuhnya pada Februari 2020.

Kini.. tahun 2022.. Media mempersoalkan..


 
Pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sepatutnya menerima tiga buah kapal peronda pesisir pantai (OPV) dua tahun lepas pada 2020, tetapi sehingga kini ia gagal menerima walau sebuah daripada kapal-kapal terbabit.

Ketiga-tiga buah kapal peronda itu bernilai RM740 juta dan kontrak pembinaannya telah dimeterai dengan syarikat tempatan pada tahun 2017.

Apa yang menyebabkan ketiga-tiga buah kapal peronda terbabit gagal diserahkan kepada APMM sehingga ke hari ini? Apakah syarikat akan dikenakan denda kerana lewat menyerahkan kapal-kapal terbabit?

Apakah kelewatan penyerahan kapal-kapal peronda terbabit telah menjejaskan operasi APMM, apatah lagi agensi itu turut berhadapan dengan masalah keusangan aset yang amat serius (sebagaimana TLDM dan cabang Angkatan Tentera Malaysia yang lain).

Perlukah Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memanggil pihak-pihak terbabit untuk memberikan penjelasan tentang kelewatan pembinaan tiga buah kapal peronda APMM ini?

Pada Jun lalu, ketika bercakap kepada media tempatan Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Datuk Saiful Lizan Ibrahim melahirkan harapan bahawa APMM akan menerima satu daripada tiga buah kapal peronda itu pada tahun ini juga.

Beliau tidak memberi tarikh yang spesifik berkenaan penyerahan kapal peronda yang pertama yang dinamakan “Tun Fatimah” kepada APMM itu.

Dua lagi buah kapal peronda itu katanya, bakal diterima oleh APMM pada tahun depan.

“Kita sepatutnya sudah terima tiga kapal OPV lama dulu tetapi disebabkan beberapa masalah tertentu, kita masih belum menerimanya.

“Insya-Allah, perkara ini (perolehan aset) sedang diatasi dan kita mengharapkan seperti yang dijanjikan kepada pihak APMM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN), kita akan menerima sebuah OPV tahun ini dan dua lagi OPV pada tahun depan,” katanya sebagaimana dipetik oleh media tempatan.

Sudah pertengahan tahun dan setakat ini, tiada kenyataan lanjut daripada APMM mahupun syarikat tempatan yang bertanggungjawab tentang sebab mengapa ketiga-tiga buah kapal peronda itu mengambil masa yang panjang untuk disiapkan.

Laporan penuh sila baca di DEFENCE SECURITY ASIA


Demikianlah Artikel Selain Kapal TLDM.. Kapal APMM Pun Tak Siap Lagi?

Sekianlah artikel Selain Kapal TLDM.. Kapal APMM Pun Tak Siap Lagi? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Selain Kapal TLDM.. Kapal APMM Pun Tak Siap Lagi? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/08/selain-kapal-tldm-kapal-apmm-pun-tak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :