Skandal LCS: Kelihatan LCS1 dan LCS2.. Yang Lain Mana? - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Skandal LCS: Kelihatan LCS1 dan LCS2.. Yang Lain Mana?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Skandal LCS: Kelihatan LCS1 dan LCS2.. Yang Lain Mana?link :
Skandal LCS: Kelihatan LCS1 dan LCS2.. Yang Lain Mana?
Skandal LCS: Kelihatan LCS1 dan LCS2.. Yang Lain Mana?

KUALA LUMPUR: Dua bekas anggota Kabinet ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) mendakwa kerajaan ketika itu tidak pernah membekukan projek kapal tempur pesisir pantai (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang kini tergendala.
Sebaliknya, kedua-dua mereka mendakwa projek itu tergendala disebabkan akibat kekangan kewangan yang dialami Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).
Bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Timbalannya ketika itu, Liew Chin Tong melalui satu kenyataan bersama hari ini berkata, kerajaan PH juga cuba menyelamatkan projek LCS itu, malah sedia menyuntik dana tetapi kerajaan ketika itu dijatuhkan.
"Dalam 26 bulan ini sejak Langkah Sheraton, jawatan Menteri Pertahanan dipegang oleh UMNO, iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
"Kalau ikut logik Najib (bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak), kapal LCS patut dibina lebih cepat selepas Februari 2020, namun satu kapal pun tak siap lagi.
"Amat pelik sekali, kenapa status pembinaan yang diumumkan semalam lebih rendah berbanding dengan Oktober 2020?" katanya.
Melalui kenyataan sama, Mohamad dan Chin Tong meminta Hishamuddin supaya tidak berselindung atau menyembunyikan kebenaran bahawa projek LCS adalah projek sakit, sekali gus memberi jalan penyelesaian kepada persoalan yang timbul.
"Adakah projek LCS dimulakan untuk membiayai hutang lapuk BNS? Siapa yang bertanggungjawab ke atas pertukaran sistem dari Sigma ke Gowind? Daripada RM6.08 bilion yang diberikan kepada BNS, berapa telah disonglap dan hilang tanpa jejak?
"Bila reka bentuk terperinci dijadualkan selesai pada November 2016 boleh dimuktamadkan? Apakah jumlah dana suntikan untuk memulihkan projek LCS dan adakah BNS memerlukan RM7 bilion lagi selepas RM6.08 bilion telah disuntik?
"Dan Apakah jadual terbaharu serahan kapal oleh BNS kepada TLDM?" kata mereka menyenaraikan rentetan persoalan yang timbul dalam projek LCS itu.
Mereka juga mendakwa, kelengkapan dan peralatan LCS berdasarkan reka bentuk terperinci adalah jauh lebih penting, berbanding menunjukkan kewujudan 'hull' atau badan kapal.
"Seperti pernah kami terangkan, kelengkapan dan peralatan kapal berdasarkan reka bentuk terperinci adalah jauh lebih penting daripada badan kapal. Reka bentuk belum siap lagi.
"Peralatan belum dapat dipasang lagi. Projek LCS tidak dapat diteruskan tanpa detailed design (reka bentuk terperinci) dan sebarang status siap kerja yang lain adalah tidak bermakna," katanya.
Dakwa mereka lagi, tindakan Kementerian Pertahanan membawa wakil media ke Lumut, Perak adalah niat untuk meyakinkan rakyat bahawa kapal LCS memang wujud dan projek ini masih berlangsung.
"Menurut rakan-rakan dari pihak media, lawatan semalam seperti 'tikus baiki labu'.
Media dibawa ke 'hull' (badan kapal) LCS 1. Badan kapal LCS 2 hanya boleh dilihat dari jauh. Kapal-kapal yang lain tidak kelihatan.
"Hishammuddin cuba membuktikan bahawa kapal dan badan kapal memang wujud. Kenapa bawa media tengok badan kapal (yang sama sejak 2017)? Kan Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Datuk Ahmad Nazim Abdul Rahman kata, badan kapal boleh dinampak dari jauh dalam perjalanan ke Pulau Pangkor," katanya lapor
Berita Harian
Demikianlah Artikel Skandal LCS: Kelihatan LCS1 dan LCS2.. Yang Lain Mana?
Sekianlah artikel Skandal LCS: Kelihatan LCS1 dan LCS2.. Yang Lain Mana? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Skandal LCS: Kelihatan LCS1 dan LCS2.. Yang Lain Mana? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/08/skandal-lcs-kelihatan-lcs1-dan-lcs2.html