Judul : Jadi Benarlah Dakwaan Najib Dibawa Ke Hospital Rehabilitasi Cheras Tu..
link : Jadi Benarlah Dakwaan Najib Dibawa Ke Hospital Rehabilitasi Cheras Tu..
Jadi Benarlah Dakwaan Najib Dibawa Ke Hospital Rehabilitasi Cheras Tu..
Sejak beberapa hari lalu beredar dakwaan layanan istimewa diberikan terhadap bekas Presiden UMNO, Najib Razak yang dirujuk dengan nama kod merpati di media sosial.Jabatan Penjara Malaysia mengesahkan bahawa bekas perdana menteri sedang mendapatkan rawatan dan pemantauan lanjutan di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC).Dalam satu kenyataan, Jabatan itu berkata, selaras dengan Seksyen 37 Akta Penjara, Najib dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan oleh pakar perubatan susulan perintah Mahkamah Tinggi pada 12 September lalu susulan keadaan kesihatannya yang tidak memuaskan.“Pada 19 September 2022, pihak HKL telah merujuk Dato’ Sri Najib ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) untuk rawatan dan pemantauan lanjutan sehingga kini.“Dato’ Sri Najib akan dihantar semula ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara sebaik sahaja pihak pakar perubatan HRC atau HKL memberikan pelepasan perubatan ke atas beliau,” kata jabatan itu.Menurut kenyataan itu, sebagai pihak yang melaksanakan tanggungjawab di bawah Akta Penjara, selain melaksanakan hukuman yang telah dijatuhkan, mereka juga bertanggungjawab memastikan tahap kesihatan seseorang banduan sentiasa dipantau dan dijaga.Ini termasuk penyediaan kemudahan rawatan dan ubat-ubatan sebagaimana yang disyorkan oleh pegawai perubatan kerajaan - dipetik dari Malaysiakini
Demikianlah Artikel Jadi Benarlah Dakwaan Najib Dibawa Ke Hospital Rehabilitasi Cheras Tu..
Sekianlah artikel Jadi Benarlah Dakwaan Najib Dibawa Ke Hospital Rehabilitasi Cheras Tu.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jadi Benarlah Dakwaan Najib Dibawa Ke Hospital Rehabilitasi Cheras Tu.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/09/jadi-benarlah-dakwaan-najib-dibawa-ke.html