Rasuah, Salah Guna Kuasa Membimbangkan Di P. Pinang - Azam - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rasuah, Salah Guna Kuasa Membimbangkan Di P. Pinang - Azam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Rasuah, Salah Guna Kuasa Membimbangkan Di P. Pinang - Azamlink :
Rasuah, Salah Guna Kuasa Membimbangkan Di P. Pinang - Azam
Rasuah, Salah Guna Kuasa Membimbangkan Di P. Pinang - Azam

KUALA LUMPUR: Menerima suapan, salah guna kuasa dan membuat tuntutan palsu dalam kalangan penjawat awam membimbangkan di Pulau Pinang, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.
Katanya berdasarkan statistik SPRM, sebanyak 919 aduan diterima pihaknya berhubung kesalahan itu sejak 2019 hingga kini.
"Banyak kesalahan yang dilakukan dan kesalahan rasuah yang menjadi pilihan lazimnya melibatkan dua kesalahan iaitu penerimaan suapan dan salah guna kuasa.
"Kami terima sebanyak 312 maklumat kes penerimaan suapan dan 147 maklumat kes salah guna kuasa di Pulau Pinang," katanya ketika ditemu bual dalam program Cakna Rasuah bersama radio Mutiara.fm, RTM Pulau Pinang hari ini.
Azam berkata, perkara itu membimbangkan kerana ia melibatkan salah guna kuasa seperti menggunakan jawatan untuk pemberian kontrak kerja kepada kaum keluarga atau individu yang mempunyai pertalian darah.
Menurut Azam, kesalahan membuat tuntutan palsu untuk sesuatu kerja yang dilaksanakan juga banyak berlaku di Pulau Pinang.
"Sebagai contoh, individu yang kononnya melaksanakan sesuatu pekerjaan dan dia membuat tuntutan palsu (untuk kerja yang dilaksanakan) seolah-olah dia yang buat kerja itu, ia banyak berlaku dan amat merugikan.
"Saban hari ia semakin meningkat, saya minta semua ketua jabatan untuk memantau pegawai mereka yang diberikan kuasa dalam memutuskan sesuatu keputusan dan dari segi tadbir urus," katanya.
Menurut Azam, penjawat awam merupakan kumpulan sasar pertama SPRM (pantau dan siasat) kerana mereka nadi pentadbiran kepada sesuatu negeri dan dalam negara ini. "Oleh itu, saya telah mengarahkan pegawai saya untuk melihat isu rasuah dalam kalangan penjawat awam di Pulau Pinang dan di negeri-negeri lain," katanya -
AstroAwani
Demikianlah Artikel Rasuah, Salah Guna Kuasa Membimbangkan Di P. Pinang - Azam
Sekianlah artikel Rasuah, Salah Guna Kuasa Membimbangkan Di P. Pinang - Azam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rasuah, Salah Guna Kuasa Membimbangkan Di P. Pinang - Azam dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/09/rasuah-salah-guna-kuasa-membimbangkan.html