Agong Kecewa Dengan Perkembangan Politik Semasa

Agong Kecewa Dengan Perkembangan Politik Semasa - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Agong Kecewa Dengan Perkembangan Politik Semasa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Agong Kecewa Dengan Perkembangan Politik Semasa
link : Agong Kecewa Dengan Perkembangan Politik Semasa

Baca juga


Agong Kecewa Dengan Perkembangan Politik Semasa

Kuala Lumpur: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa kecewa dengan perkembangan politik semasa dan tiada pilihan selain memperkenankan permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Parlimen. 

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataannya hari ini, Seri Paduka Baginda memperhalusi permintaan membubarkan Parlimen itu selepas berkenan menerima menghadap Perdana Menteri di Istana Negara, semalam.

"Dalam sesi menghadap yang tidak berjadual bermula jam 12 tengah hari itu, Perdana Menteri mengemukakan sembah permintaan beliau untuk perkenan baginda bagi pembubaran Parlimen ke-14 berkuat kuasa, hari ini.

"Selepas memperhalusi permintaan itu, selaras dengan kuasa-kuasa baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong seperti mana termaktub di bawah Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan memperkenankan permintaan Perdana Menteri bagi pembubaran Parlimen ke-14," katanya dalam kenyataan, hari ini.


"Justeru, baginda menzahirkan harapan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam tempoh masa terdekat dengan mengambil kira Monsun Timur Laut yang diramal bermula pertengahan November ini.

"Baginda menegaskan bahawa negara yang kukuh adalah penting bagi menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi berterusan demi kesejahteraan negara dan rakyat secara keseluruhannya.

"Baginda mengajak rakyat bersama mendoakan agar negara dan rakyat sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi daripada sebarang bentuk musibah khususnya banjir," katanya.

Terdahulu, Ismail Sabri mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada PRU-15.

Pengumuman khas itu disiarkan secara langsung menerusi beberapa televisyen tempatan pada 3 petang hari ini, selepas memperoleh perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ~ mStar





Demikianlah Artikel Agong Kecewa Dengan Perkembangan Politik Semasa

Sekianlah artikel Agong Kecewa Dengan Perkembangan Politik Semasa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Agong Kecewa Dengan Perkembangan Politik Semasa dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/10/agong-kecewa-dengan-perkembangan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :