Tiada Jangkaan Banjir Besar Oktober, Awal November Ini - MetMalaysia - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiada Jangkaan Banjir Besar Oktober, Awal November Ini - MetMalaysia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Tiada Jangkaan Banjir Besar Oktober, Awal November Ini - MetMalaysialink :
Tiada Jangkaan Banjir Besar Oktober, Awal November Ini - MetMalaysia
Tiada Jangkaan Banjir Besar Oktober, Awal November Ini - MetMalaysia
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan tiada banjir besar berlaku dari sekarang sehingga awal November kerana negara belum memasuki Monsun Timur Laut.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) MetMalaysia, Lim Ze Hui bagaimanapun berkata, dalam tempoh peralihan monsun yang bermula pada bulan ini dan berterusan hingga November depan, beberapa kawasan masih terdedah kepada hujan serta ribut petir pada sebelah petang.
Jelas beliau lagi, ketika hujan lebat dan ribut petir pada masa singkat, sesetengah tempat turut berisiko mengalami banjir kilat bergantung kepada sistem perparitan dan sungai di kawasan terbabit.
"Jangkaan dari segi meteorologinya, memang dari Oktober sehingga pertengahan November nanti, di mana kita jangkakan angin Monsun Timur Laut belum bermula. Namun, dalam tempoh peralihan monsun, kita masih lagi terdedah kepada hujan dan ribut petir pada sebelah petang.
"Jadi risiko ribut petir seperti yang kita sedia maklum juga membahayakan. Namun, jika banjir besar yang dikaitkan dengan Monsun Timur Laut, kita tidak menjangkakan apa-apa lagi akan berlaku dalam tempoh masa tersebut iaitu antara Oktober dan awal November," katanya.
Katanya, Monsun Timur Laut diramalkan berlaku pada November ini hingga Mac tahun depan.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pandangan segelintir pihak bahawa tempoh yang sesuai untuk diadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah antara Oktober dan November kerana taburan hujan ketika dua bulan itu tidak melebihi purata.
Mengulas lanjut, Ze Hui berkata sukar untuk menentukan secara spesifik mengenai kemungkinan bencana banjir walaupun MetMalaysia meramalkan kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima kadar hujan purata dalam tempoh enam bulan ini.
Ini kerana kata beliau, banjir boleh berlaku berdasarkan beberapa faktor termasuk keadaan geografi sesuatu kawasan.
"Contohnya sesuatu tempat walaupun hujan melebih paras purata tetapi memandangkan persekitaran sesuatu tempat atau perparitan sesuatu tempat, dan tetap juga kepada geografi. Jadi mungkin ada tempat-tempat yang agak lebih mudah banjir. Jadi walaupun paras hujan pada paras purata, ia mungkin boleh menyebabkan banjir.
"Begitulah sebaliknya, sesuatu tempat yang keadaan geografinya boleh menampung air dengan lebih banyak, mungkin tempat-tempat seperti ini, walaupun ia di atas paras purata, ia tak mengalami banjir," tambah Ze Hui lagi.
Dalam pada itu, beliau berkata MetMalaysia menggunakan beberapa model iklim antarabangsa dalam meramal keadaan cuaca, yang antaranya boleh melepasi sehingga 10 hari.
Begitu pun, Ze Hui menegaskan ketepatan model-model berkenaan perlu diteliti dan kebiasaan ia digunakan untuk ramalan bagi tempoh tiga atau empat hari akan datang berbanding jangkaan yang panjang lapor AstroAwani
Demikianlah Artikel Tiada Jangkaan Banjir Besar Oktober, Awal November Ini - MetMalaysia
Sekianlah artikel Tiada Jangkaan Banjir Besar Oktober, Awal November Ini - MetMalaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tiada Jangkaan Banjir Besar Oktober, Awal November Ini - MetMalaysia dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/10/tiada-jangkaan-banjir-besar-oktober.html