Kerajaan Sekarang 'Kerajaan Zina' Kata Calon PN Padang Serai?

Kerajaan Sekarang 'Kerajaan Zina' Kata Calon PN Padang Serai? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Sekarang 'Kerajaan Zina' Kata Calon PN Padang Serai?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Sekarang 'Kerajaan Zina' Kata Calon PN Padang Serai?
link : Kerajaan Sekarang 'Kerajaan Zina' Kata Calon PN Padang Serai?

Baca juga


Kerajaan Sekarang 'Kerajaan Zina' Kata Calon PN Padang Serai?

PADANG SERAI: Calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin digesa membuat permohonan maaf selepas membuat kenyataan kononnya kerajaan yang dibentuk ketika ini adalah 'kerajaan zina'.

Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Mohamad Sofee Razak, berkata kenyataan Azman itu tidak wajar dan dilihat sebagai menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Semua orang tahu Kerajaan Perpaduan dicadangkan Al-Sultan Abdullah, jadi sangat tidak wajar beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu, ini seperti menghina baginda.

"Saya menggesa beliau memohon maaf di atas kenyataan berniat jahat dan mempunyai implikasi negatif itu," katanya ketika ditemui selepas majlis Kenduri Kesyukuran PH di Padang Serai di sini, hari ini.

Malam tadi, Azman dilaporkan berkata, beliau yakin ada isyarat jelas penolakan terhadap PH dan Barisan Nasional (BN), susulan pembentukan Kerajaan Perpaduan yang disifatkannya sebagai 'kerajaan zina'.

Ketika berkempen malam tadi, Azman berkata, 'perkahwinan' PH dan BN itu tidak direstui sebahagian pimpinan dan ahli pada peringkat akar umbi.

Mohamad Sofee berkata, sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan masih aktif sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), Azman sepatutnya lebih menjaga pertuturan di khalayak ramai.

Sementara itu, calon BN, Datuk C Sivaraj berkata, kenyataan Azman itu bersifat angkuh dan terlalu agresif untuk diselitkan dalam ucapan ketika berkempen berikutan rakyat negara ini daripada pelbagai kaum dan agama.

Katanya, Azman perlu mengelak bermain politik kotor dan jijik untuk menanam kebencian rakyat terhadap BN mahupun dirinya sebagai calon PN.

"Beliau tidak seharusnya menggunakan ayat sebegitu ketika berkempen, ia tidak sesuai untuk menarik pengundi, sebaliknya boleh merosakkan minda anak muda dengan penggunaan ayat berkenaan," katanya.

Selain Sivaraj, Mohamad Sofee dan Azman, Parlimen Padang Serai yang menyaksikan pertembungan enam penjuru turut membabitkan calon PEJUANG, Hamzah Abd Rahman, Mohd Bakri Hashim (WARISAN) dan Sreanandha Rao (Bebas).

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Padang Serai ditangguhkan selepas calon PH yang juga penyandang, M Karupaiya meninggal dunia pada 16 November lalu, dua hari selepas dimasukkan ke Hospital Kulim akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memutuskan penangguhan PRU15 di kerusi terbabit kemudian menetapkan 7 Disember ini sebagai tarikh pengundian.


Demikianlah Artikel Kerajaan Sekarang 'Kerajaan Zina' Kata Calon PN Padang Serai?

Sekianlah artikel Kerajaan Sekarang 'Kerajaan Zina' Kata Calon PN Padang Serai? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Sekarang 'Kerajaan Zina' Kata Calon PN Padang Serai? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/11/kerajaan-sekarang-kerajaan-zina-kata.html

Subscribe to receive free email updates: