MT UMNO Mahu Kerajaan Perpaduan, Tapi Bukan Yang Diterajui PN

MT UMNO Mahu Kerajaan Perpaduan, Tapi Bukan Yang Diterajui PN - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MT UMNO Mahu Kerajaan Perpaduan, Tapi Bukan Yang Diterajui PN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MT UMNO Mahu Kerajaan Perpaduan, Tapi Bukan Yang Diterajui PN
link : MT UMNO Mahu Kerajaan Perpaduan, Tapi Bukan Yang Diterajui PN

Baca juga


MT UMNO Mahu Kerajaan Perpaduan, Tapi Bukan Yang Diterajui PN

Umno menyokong untuk menyertai kerajaan perpaduan seperti yang dizahirkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, namun bukan yang diterajui oleh Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan dalam kenyataannya berkata ia diputuskan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dipengerusikan oleh Ahmad Zahid Hamidi yang juga presiden Umno.

“MT sebulat suara memutuskan untuk menyokong dan menjunjung titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong supaya Barisan Nasional mengambil bahagian dalam Kerajaan Perpaduan ...bagi memastikan sebuah kerajaan yang stabil dan makmur dapat dibentuk,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat lebih tiga jam di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur malam tadi.

Katanya namun kerajaan itu bukanlah yang diterajui oleh PN.

Beliau berkata MT juga bersetuju semua wakil-wakil parti yang memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 mematuhi dan menerima sebarang bentuk Kerajaan Perpaduan atau lain-lain bentuk kerajaan yang bakal dimasyhurkan oleh Agong.

Menurut Ahmad, mesyuarat MT Umno turut memperkukuhkan sokongan terhadap Zahid untuk terus kekal menerajui sebagai Pengerusi BN dan sebulat suara menyokong beliau sebagai presiden Umno.

MT telah mengambil maklum dan memperhalusi segala butiran kedua-dua perbincangan yang telah dijalankan oleh Jawatankuasa Perundingan BN dengan Pakatan Harapan (PH) dan PN, katanya.

Beliau turut memaklumkan Perhimpunan Agung Umno 2022 akan diadakan dari 21 hingga 24 Disember.

Pada PRU15 baru-baru ini BN hanya memenangi 30 kerusi Parlimen, pencapaian terburuk dalam sejarah, manakala PH menang 82 kerusi, Perikatan Nasional (73), Gabungan Parti Sarawak (23), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Parti Warisan (tiga), Bebas (dua) serta Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat masing-masing satu kerusi.

Keputusan PRU15 menyaksikan tidak ada parti mahupun blok parti politik yang berjaya mendapat majoriti sekali gus menyebabkan Parlimen tergantung. Majlis Raja-Raja akan bermesyuarat hari ini bagi membincangkan pembentukan kerajaan baru ~ MalaysiaNow


Demikianlah Artikel MT UMNO Mahu Kerajaan Perpaduan, Tapi Bukan Yang Diterajui PN

Sekianlah artikel MT UMNO Mahu Kerajaan Perpaduan, Tapi Bukan Yang Diterajui PN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MT UMNO Mahu Kerajaan Perpaduan, Tapi Bukan Yang Diterajui PN dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/11/mt-umno-mahu-kerajaan-perpaduan-tapi.html

Subscribe to receive free email updates: