PKR Goyang Bila Khairy Diumum Ke Sungai Buloh? - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PKR Goyang Bila Khairy Diumum Ke Sungai Buloh?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
PKR Goyang Bila Khairy Diumum Ke Sungai Buloh?link :
PKR Goyang Bila Khairy Diumum Ke Sungai Buloh?
PKR Goyang Bila Khairy Diumum Ke Sungai Buloh?

KUALA LUMPUR: PKR seperti memberi bayangan parti itu berkemungkinan menukar calon yang bertanding di Parlimen Sungai Buloh, selepas Barisan Nasional (BN) mengumumkan Khairy Jamaluddin sebagai calon di kawasan itu malam tadi.
Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, dalam ciapan di Twitter memaklumkan beliau akan mengadakan perbincangan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan hal berkenaan.
"Saya akan berbincang dengan @anwaribrahim mengenai maklum balas pengundi di Sg Buloh mengenai calon PKR setakat ini.
"Saya hargai semua pandangan. Keputusan akhir adalah keputusan beliau sebagai Presiden parti," katanya dalam ciapan, hari ini.
BN semalam mengumumkan penyandang kerusi Rembau itu sebagai calon Parlimen Sungai Buloh, manakala PKR pula sebelum ini mengumumkan pencalonan Timbalan Ketua Penerangan 1 parti itu, Datuk R Ramanan.
Perikatan Nasional (PN) pula mengumumkan wakil gabungan itu daripada PAS, Mohd Ghazali Md Hamin sebagai calon.
Selepas pengumuman Khairy sebagai calon di Parlimen berkenaan, terdapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang menggesa Pakatan Harapan (PH) untuk menukar calon mereka.
Sebelum ini, Sungai Buloh adalah kerusi campuran yang disandang R Sivarasa dari PKR sejak 2008.
Pada PRU14 dalam persaingan di P 107 Sungai Buloh, Sivarasa meraih 43,631 undi menewaskan Nuridah dari Pas yang memperoleh 16,977 undi, A Prakash Rao mewakili BN (16,681) dan Zainurizzaman Moharam dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) (642).
Secara tradisi kerusi Sungai Buloh ditandingi oleh MIC namun parti itu kalah kepada PKR tiga penggal berturut-turut.
Jumlah pengundi yang keluar mengundi pada PRU14 adalah sebanyak 82.32 peratus yang mewakili seramai 12,229,514 orang daripada 14,940,624 pengundi yang berdaftar ~
BH
Demikianlah Artikel PKR Goyang Bila Khairy Diumum Ke Sungai Buloh?
Sekianlah artikel PKR Goyang Bila Khairy Diumum Ke Sungai Buloh? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PKR Goyang Bila Khairy Diumum Ke Sungai Buloh? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/11/pkr-goyang-bila-khairy-diumum-ke-sungai.html