UMNO Dah Jadi ‘Peminta Sedekah’?

UMNO Dah Jadi ‘Peminta Sedekah’? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul UMNO Dah Jadi ‘Peminta Sedekah’?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : UMNO Dah Jadi ‘Peminta Sedekah’?
link : UMNO Dah Jadi ‘Peminta Sedekah’?

Baca juga


UMNO Dah Jadi ‘Peminta Sedekah’?

KUALA LUMPUR: Sebahagian daripada Ketua Bahagian UMNO di seluruh negara rela parti itu memainkan peranan sebagai pembangkang dengan 30 kerusi Parlimen dimenangi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, Barisan Nasional (BN) tidak perlu ‘merangkak’ semata-mata mahu berada di dalam Kerajaan Persekutuan, sebaliknya reda menjadi pembangkang yang bermaruah dan berwibawa.

“Biarlah kami menjadi pembangkang, dan sesiapa yang nak membentuk kerajaan, silakan buat. Orang (parti politik) yang mempunyai kerusi banyak, cubalah.

“Tetapi, pada saya, UMNO tidak harus menjadi ‘peminta sedekah’ kepada sesiapa (gabungan parti politik lain). Kalau kita masuk sebagai minoriti dalam mana-mana parti, kecualilah nak ajak kita bergabung, maka Perdana Menteri adalah daripada UMNO.

“Sama ada Pakatan Harapan (PH) nak tawarkan Perdana Menteri daripada UMNO, atau Perikatan Nasional (PN) nak tawarkan jawatan Perdana Menteri daripada UMNO, kami akan sokong. Tapi sebagai menempel sahaja, tidak payah.

“Kami yakin kalau boleh membetulkan semula parti ini, memberi ruang pada pemimpin baharu, kami yakin dalam PRU16 akan datang UMNO akan kembali berkuasa sebagai pemerintah mutlak dalam negara ini,” katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata demikian mewakili puluhan ketua-ketua bahagian UMNO supaya Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan akibat kegagalannya menerajui BN sehingga kalah teruk dalam PRU15.

Hadir sama dalam sidang itu ialah Ketua UMNO Bahagian Batu; Datuk Yahya Mat Ghani; Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd. Salim Shariff.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, UMNO turut mengambil pendirian sama PRU14 lalu, selepas pasti BN tewas oleh PH sehingga menjadi pembangkang di Dewan Rakyat.

“Ada yang tanya, mengapa pilihan raya lalu boleh masuk kerajaan? Saya kena jelas, kami bersetuju menjadi pembangkang hanya kerana setelah PH tumbang (semasa Langkah Sheraton). UMNO masuk menjadi kerajaan untuk menstabilkan negara ketika itu.

“Kali ini, kita tidak mahu masuk kerana sama seperti dahulu juga. Kami konsisten apabila rakyat tidak memberi mandat kepada kami, maka kami bersedia memainkan peranan sebagai pembangkang,” katanya.-UTUSAN


Demikianlah Artikel UMNO Dah Jadi ‘Peminta Sedekah’?

Sekianlah artikel UMNO Dah Jadi ‘Peminta Sedekah’? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel UMNO Dah Jadi ‘Peminta Sedekah’? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/11/umno-dah-jadi-peminta-sedekah.html

Subscribe to receive free email updates: