Tiada Lesen?.. Sebenarnya Nga Dah Terlalu Cepat Melatah...

Tiada Lesen?.. Sebenarnya Nga Dah Terlalu Cepat Melatah... - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiada Lesen?.. Sebenarnya Nga Dah Terlalu Cepat Melatah..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiada Lesen?.. Sebenarnya Nga Dah Terlalu Cepat Melatah...
link : Tiada Lesen?.. Sebenarnya Nga Dah Terlalu Cepat Melatah...

Baca juga


Tiada Lesen?.. Sebenarnya Nga Dah Terlalu Cepat Melatah...

Sebelum ini.. media melaporkan Syarikat yang mengendalikan tiga tapak perkhemahan yang mengalami kejadian tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya, tidak mempunyai lesen untuk beroperasi.

Menurut Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming, syarikat tersebut hanya diberikan lesen pembangunan kebun organik dan bukan lesen untuk melakukan aktiviti perkhemahan.

"Tiada lesen diberikan oleh Majlis Bandaraya Hulu Selangor dan ini adalah satu kesalahan di bawah Akta 133 dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan penjara tiga tahun dan denda RM50,000.

"Syarikat itu hanya ada kebenaran merancang bangunkan kebun organik dan tiada permohonan dibuat untuk aktiviti perkhemahan," katanya dalam kepada pemberita di lokasi kejadian, pada Jumaat lalu...

Sebenarnya Nga dah terlalu cepat melatah mengatakan yang pengusaha tapak perkhemahan itu tiada lesen sedangkan menurut jurucakap tapak perkhemahan Father’s Organic Farm kerana tapak perkhemahan ini bukan struktur kekal seperti hotel, justeru tiada lesen untuk dipohon..

Bacalah..

PETALING JAYA: Pengusaha tapak perkhemahan Father’s Organic Farm (FoF) menjelaskan kejadian tanah runtuh yang mengorbankan 24 nyawa setakat ini bukan berpunca di tapak perkhemahan mereka.

Sebaliknya, jurucakap tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Frankie Tan berkata, tanah runtuh itu tanah kerajaan dan di tepi jalan yang jaraknya antara 2 kilometer (km) 3 km dari tapak mereka.

“Saya ingin menjelaskan tanah runtuh bukan bermula di tapak perkhemahan kami tetapi di tanah kerajaan dan di tepi jalan yang jaraknya antara 2 kilometer (km) 3 km dari tapak kami,” katanya dalam sidang akhbar semalam.

Mengulas mengenai lesen, Tan berkata, pihaknya tidak dapat membuat permohonan bagi mendapatkan lesen perkhemahan kerana permit sedemikian tidak pernah wujud.

Katanya, perkara itu dimaklumkan oleh pelbagai agensi kerajaan termasuk Jabatan Pertanian bahawa tiada lesen seumpama itu boleh dipohon oleh pengusaha tapak perkhemahan.

“Saya pernah bertanya kepada pegawai kerajaan sama ada kami perlu memohon lesen tapak perkhemahan atau tidak. Pegawai itu berkata tiada permit kerana tapak perkhemahan ini bukan struktur kekal seperti hotel, justeru tiada lesen untuk dipohon.

“Bukannya kami tidak mahu membuat permohonan tetapi memang tidak ada cara untuk kami memohon,” katanya.

Dalam tragedi pukul 2.42 pagi pada Jumaat lalu, berlaku runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter di tapak perkhemahan yang terletak di Jalan Batang Kali-Genting Highland itu.

Seramai 24 mangsa disahkan terkorban daripada keseluruhan 94 orang yang terbabit dalam tragedi itu manakala, sembilan mangsa lagi masih hilang dan sehingga kini, operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) masih dijalankan.

Pihak pengurusan Father’s Organic Farm telah memberi keterangan kepada polis pada Ahad lalu dan turut mengucapkan takziah kepada semua waris mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di bawah kawasan seliaan mereka.

Father’s Organic Farm dalam satu kenyataan di Facebooknya melahirkan rasa dukacita dan simpatinya terhadap semua mangsa dan waris yang terkesan akibat tragedi berkenaan.

Dalam pada itu, Tan turut mendakwa bahawa pihaknya tidak menyedari bahawa kawasan berkenaan diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi selain bermula sebagai ladang organik sebelum menyediakan perkhidmatan perkhemahan pada 2017 atas permintaan pengunjung. – UTUSAN


Demikianlah Artikel Tiada Lesen?.. Sebenarnya Nga Dah Terlalu Cepat Melatah...

Sekianlah artikel Tiada Lesen?.. Sebenarnya Nga Dah Terlalu Cepat Melatah... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiada Lesen?.. Sebenarnya Nga Dah Terlalu Cepat Melatah... dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/12/tiada-lesen-sebenarnya-nga-dah-terlalu.html

Subscribe to receive free email updates: