Melayu Dominasi Perkhidmatan Awam? Ini Penjelasan Tun Mahathir

Melayu Dominasi Perkhidmatan Awam? Ini Penjelasan Tun Mahathir - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Melayu Dominasi Perkhidmatan Awam? Ini Penjelasan Tun Mahathir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Melayu Dominasi Perkhidmatan Awam? Ini Penjelasan Tun Mahathir
link : Melayu Dominasi Perkhidmatan Awam? Ini Penjelasan Tun Mahathir

Baca juga


Melayu Dominasi Perkhidmatan Awam? Ini Penjelasan Tun Mahathir

KUALA LUMPUR: Ketika proses rundingan sebelum negara mencapai kemerdekaan, kerajaan sedar orang Melayu tidak akan mampu bersaing dengan kaum Cina selepas merdeka.

Oleh itu, menurut bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, wujud dasar kerajaan yang memberi keutamaan kepada orang Melayu.

"Kita khuatir tentang masa depan orang Melayu kerana kita sedar mereka tidak mampu bersaing dengan orang Cina.

"Sebab itu, ditentukan bagi jawatan tertinggi, empat orang Melayu (diberikan tempat), kemudian orang bukan Melayu,” katanya menurut laporan MalaysiaNow.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan pemimpin DAP, P Ramasamy, yang mendakwa dasar kaum Melayu mendominasi perkhidmatan awam dilaksanakan pada era kepimpinan beliau. Ramasamy, yang juga Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, baru-baru ini menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mereformasi perkhidmatan awam yang didakwanya didominasi Melayu.

Katanya, hujah lama yang memihak kepada penguasaan orang Melayu dalam perkhidmatan awam untuk mengimbangi penguasaan ekonomi bangsa Cina, tidak lagi terpakai.

Dr Mahathir berkata, langkah mengutamakan kaum Melayu dalam perkhidmatan awam sudah ditentukan sebelum beliau menjadi perdana menteri lagi.

Pada masa sama, beliau turut meminta Ramasamy membandingkan antara dasar kerajaan dan amalan syarikat-syarikat swasta.

"Bukanlah orang Melayu yang halang mereka (bukan Melayu) masuk kerajaan, tetapi mereka juga menghalang orang Melayu menyertai syarikat swasta dengan lebih ketat lagi. “Itu mereka tidak sebut,” katanya - AstroAwani


Demikianlah Artikel Melayu Dominasi Perkhidmatan Awam? Ini Penjelasan Tun Mahathir

Sekianlah artikel Melayu Dominasi Perkhidmatan Awam? Ini Penjelasan Tun Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Melayu Dominasi Perkhidmatan Awam? Ini Penjelasan Tun Mahathir dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/02/melayu-dominasi-perkhidmatan-awam-ini.html

Subscribe to receive free email updates: