Bebas Audit 1MDB, Najib Berdepan Tiga Tuduhan Pengubahan Wang Haram Pula..

Bebas Audit 1MDB, Najib Berdepan Tiga Tuduhan Pengubahan Wang Haram Pula.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bebas Audit 1MDB, Najib Berdepan Tiga Tuduhan Pengubahan Wang Haram Pula.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bebas Audit 1MDB, Najib Berdepan Tiga Tuduhan Pengubahan Wang Haram Pula..
link : Bebas Audit 1MDB, Najib Berdepan Tiga Tuduhan Pengubahan Wang Haram Pula..

Baca juga


Bebas Audit 1MDB, Najib Berdepan Tiga Tuduhan Pengubahan Wang Haram Pula..

Perbicaraan kes bekas perdana menteri Najib Razak bagi tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM27 juta akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang baharu.

Hakim K Muniandy menggantikan hakim Mohamed Zaini Mazlan yang kini hakim Mahkamah Rayuan.

Semasa sebutan kes hari ini, beliau menetapkan pengurusan kes tersebut pada 29 Mei ini.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul berkata kedua-dua pihak sebelum ini memohon kepada mahkamah agar perbicaraan kes itu ditangguhkan kerana keputusan permohonan Najib untuk menyemak semula keputusan kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International di Mahkamah Persekutuan belum diputuskan.

“Tarikh keputusan semakan masih belum diputuskan, dan ia (tarikh) akan diberitahu oleh pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam masa terdekat. Pihak kami dan pembelaan mohon agar tarikh pengurusan kes ini (pengubahan wang haram) ditetapkan pada Mei,” kata Mohd Ashrof Adrin.

Peguam Alaistair Brandah Norman yang mewakili Najib mengesahkan perkara itu dan bersetuju agar pengurusan kes seterusnya ditetapkan pada Mei ini.

Pada 3 Februari 2019, Najib mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya.

Bekas ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan perbuatan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan - MalaysiaNow


Demikianlah Artikel Bebas Audit 1MDB, Najib Berdepan Tiga Tuduhan Pengubahan Wang Haram Pula..

Sekianlah artikel Bebas Audit 1MDB, Najib Berdepan Tiga Tuduhan Pengubahan Wang Haram Pula.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bebas Audit 1MDB, Najib Berdepan Tiga Tuduhan Pengubahan Wang Haram Pula.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/03/bebas-audit-1mdb-najib-berdepan-tiga.html

Subscribe to receive free email updates: