SPRM Geledah Pejabat, Kediaman Sivakumar?

SPRM Geledah Pejabat, Kediaman Sivakumar? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPRM Geledah Pejabat, Kediaman Sivakumar?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPRM Geledah Pejabat, Kediaman Sivakumar?
link : SPRM Geledah Pejabat, Kediaman Sivakumar?

Baca juga


SPRM Geledah Pejabat, Kediaman Sivakumar?

Sebelum ini, memetik sumber mereka sebuah media melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah pejabat dan kediaman Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar pada Ahad bagi melengkapkan siasatan berhubung dakwaan menerima wang bernilai jutaan ringgit menerusi orang tengah sebagai jaminan meneruskan kontrak kerajaan terhadap individu tertentu.

Difahamkan, penggeledahan terbabit bagi menjejaki wang yang didakwa diperolehi Sivakumar.

Penggeledahan itu dilakukan SPRM sebaik sahaja keterangan menteri itu diambil pada hari sama bagi mendapatkan bukti-bukti.

"Sivakumar telah dipanggil SPRM semalam (Ahad) untuk bantu siasatan susulan siasatan terhadap seorang pegawai tugas-tugas khas dan penahanan setiausaha sulitnya minggu lalu.

"Kehadiran Sivakumar di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya bagi menjelaskan dakwaan bahawa beliau telah menerima wang secara tunai oleh seorang ahli perniagaan yang juga ditahan SPRM bersama dua pegawai kanannya.

“Ahli perniagaan berkenaan dipercayai membuat 'public relation' mewakili Sivakumar untuk meminta wang kepada individu tertentu yang menjalankan projek kerajaan di kementerian itu sebagai jaminan agar mereka dapat meneruskan projek dilaksanakan selain menjanjikan akan diberikan projek lain selepas itu," katanya.

Bagaimanapun laporan itu telah dinafikan Menteri Sumber Manusia..

PUTRAJAYA: Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar menafikan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah kediaman beliau, semalam.

Ketika diasak puluhan media sama ada badan penguatkuasa itu melakukan penggeledahan ke atas kediaman termasuk pejabatnya, Ahli Parlimen Batu Gajah itu hanya menjawab tidak.

“Tidak, tidak,” katanya ketika ditemui selepas majlis pra pelancaran National Training Week (NTW) 2023 di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau sekali lagi mengulangi kenyataan untuk memberi kerjasama penuh kepada agensi siasatan berkenaan.

“Saya akan beri kerjasama, Kementerian Sumber Manusia akan beri semua kerjasama dalam siasatan ini.

“Biar mereka (SPRM) buat siasatan, (kes) masih dalam proses siasatan dan kalau apa-apa kita akan bagi kerjasama yang penuh..okay.. itu saja.

“(Semalam) kita hanya beri kenyataan, saya kata akan bagi kerjasama, saya bagi kerjasama,” ujarnya.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan, Sivakumar disiasat SPRM berhubung dakwaan menerima wang bernilai jutaan ringgit menerusi orang tengah sebagai jaminan meneruskan kontrak-kontrak kerajaan terhadap individu tertentu.

Ahli Parlimen DAP itu dipanggil membantu siasatan susulan siasatan SPRM terhadap seorang pegawai tugas-tugas khas dan penahanan setiausaha sulitnya minggu lalu.

Sesi merakam keterangan itu juga dipercayai berlangsung selama lebih sembilan jam dan serentak itu SPRM turut dikatakan menggeledah pejabat dan rumah menteri terbabit bagi menjejaki wang yang didakwa diperoleh beliau.

Katanya, kehadiran Sivakumar ke SPRM bagi menjelaskan dakwaan beliau telah menerima wang secara tunai oleh seorang ahli perniagaan yang juga ditahan SPRM bersama dua pegawai kanannya. – UTUSAN


Demikianlah Artikel SPRM Geledah Pejabat, Kediaman Sivakumar?

Sekianlah artikel SPRM Geledah Pejabat, Kediaman Sivakumar? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPRM Geledah Pejabat, Kediaman Sivakumar? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/04/sprm-geledah-pejabat-kediaman-sivakumar.html

Subscribe to receive free email updates: