Anwar Dicabar Dedah Kekayaan Sendiri Ketika Jadi TPM..

Anwar Dicabar Dedah Kekayaan Sendiri Ketika Jadi TPM.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anwar Dicabar Dedah Kekayaan Sendiri Ketika Jadi TPM.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anwar Dicabar Dedah Kekayaan Sendiri Ketika Jadi TPM..
link : Anwar Dicabar Dedah Kekayaan Sendiri Ketika Jadi TPM..

Baca juga


Anwar Dicabar Dedah Kekayaan Sendiri Ketika Jadi TPM..

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memulangkan paku buah keras apabila mencabar kembali Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kekayaan dimiliki ketika Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Cabaran itu menyusul sehari selepas Anwar yang juga Perdana Menteri mengulangi gesaan dan cabarannya supaya Mahathir mendedahkan segala aset yang dimilikinya, selain anggota keluarga bekas Perdana Menteri itu.

Menjawab cabaran Anwar, Dr Mahathir berpandangan beliau tidak perlu melayan permintaan itu atas alasan Presiden PKR itu kononnya sudah memiliki 'berkotak' dokumen mengandungi maklumat berkenaan kekayaan beliau.

Mahathir juga menyifatkan cabaran Anwar terhadapnya serta pemimpin terdahulu sebagai 'menghairankan' berikutan Perdana Menteri kononnya sudah memiliki bukti mengenai kekayaan mereka, malah Anwar sendiri antara pemimpin lama yang pernah dituduh membantu kroni.

Sehubungan itu, Mahathir mencabar bekas protegenya itu untuk turut mengisytiharkan harta yang diperolehnya ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri antara 1993 hingga 1998.

"Saya hairan dengan tindak-tanduk Anwar sejak akhir-akhir ini. Konon ramai pemimpin dahulu kaya kerana rasuah dan dia punyai berpuluh kotak berkenaan tuduhan ini. Kalau sudah ada dedahlah dan 'charge' (tuduh) di mahkamah.

"Tetapi (Anwar) tidak (berbuat demikian). Konon nak suruh pemimpin lama isytihar kekayaan mereka dan bantu rakyat miskin. Anwar adalah satu daripada pemimpin lama yang dituduh bantu kroni.

"Dedahlah kekayaan di masa (Anwar) jadi Timbalan Perdana Menteri seperti dituntut sekarang. Dan bantulah rakyat dengan duit sendiri, bukan duit kerajaan," katanya menerusi Twitter, hari ini.

Semalam, Anwar mengulangi gesaan dan cabaran supaya Mahathir mendedahkan segala aset dimiliki dirinya serta keluarga, meskipun selepas bekas Perdana Menteri itu memfailkan saman terhadap Anwar.

Ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sembilan dan Malaysia Madani, Perdana Menteri mempersoalkan Mahathir dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang memiliki harta mencecah berbilion.

Mengulas lanjut, Mahathir turut mencabar Anwar mendedahkan di mahkamah segala bukti mengenai dakwaan berbilion kekayaan yang dikatakan disapu beliau dan keluarganya, supaya seluruh dunia tahu mengenainya.

"Tak payahlah menyuruh saya buat deklarasi kekayaan saya kerana kononnya Anwar tahu. Dia punyai banyak kotak dokumen yang kononnya penuh maklumat berkenaan kekayaan saya.

"Di mahkamah, tunjuk bukti yang ada pada Anwar akan kekayaan saya. Dengan itu, pengisytiharan tentang kekayaan saya akan diketahui dunia.

"Tak perlu saya isytihar lagi. Tetapi Anwar juga perlu isytihar," katanya - BH


Demikianlah Artikel Anwar Dicabar Dedah Kekayaan Sendiri Ketika Jadi TPM..

Sekianlah artikel Anwar Dicabar Dedah Kekayaan Sendiri Ketika Jadi TPM.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anwar Dicabar Dedah Kekayaan Sendiri Ketika Jadi TPM.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/05/anwar-dicabar-dedah-kekayaan-sendiri.html

Subscribe to receive free email updates: