Anwar Ditawar Setengah Billion Oleh Tun Kalau..

Anwar Ditawar Setengah Billion Oleh Tun Kalau.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anwar Ditawar Setengah Billion Oleh Tun Kalau.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anwar Ditawar Setengah Billion Oleh Tun Kalau..
link : Anwar Ditawar Setengah Billion Oleh Tun Kalau..

Baca juga


Anwar Ditawar Setengah Billion Oleh Tun Kalau..

JITRA: Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuktikan dakwaan beliau memiliki sejumlah wang seperti yang didakwa Perdana Menteri ke-10 itu.

Bahkan, bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali itu secara berseloroh berkata, sekiranya Anwar mampu berbuat demikian, separuh daripada wang berkenaan akan diberikan kepada Ahli Parlimen Tambun itu.

"(Atas) sebab (tuduhan) itu, saya cabar Anwar, kalau (dia dapat) jumpa RM1 bilion (yang dikatakan) duit (yang ada kepada) saya, saya (akan) bagi dia separuh (daripada amaun itu),

"(Berkaitan) bekas pemimpin (yang didakwa kaut keuntungan), dia cabar buat apa, dulu dia 'ex-Malay leader' juga, (saya rasa) dia patut isytihar dia punya harta dahulu… bagi contoh dan dia bagi (cabaran itu) kepada semua orang,

"(Paling utama ketika ini) beliau tidak payah suruh orang lain, jawab (dan buktikan dahulu) tuduhan kononnya saya ada berbilion (ringgit), (Datuk Seri) Mukhriz (Mahathir) ada berbilion, ada jet dan sebagainya, tunjuk (kepada umum)," kata Dr Mahathir membidas Anwar.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pertubuhan Prihatin Kubang Pasu di Kampung Naga, di sini, malam tadi (Khamis).

Pada 6 Mei lalu, Anwar mencabar bekas pemimpin dan pembesar yang mendapat keuntungan ketika era pemerintahan mereka untuk berkongsi kekayaan dengan orang Melayu yang lain. Jelas Anwar, ini kerana pemimpin-pemimpin berkenaan dilihat hanya mengaut keuntungan untuk diri sendiri dan keluarga ketika pentadbiran masing-masing.

Namun, apabila mereka tidak lagi berkuasa, isu membabitkan penyatuan serta kekuatan orang Melayu baru dibangkitkan dan diperjuangkan individu berkenaan - AstroAwani


Demikianlah Artikel Anwar Ditawar Setengah Billion Oleh Tun Kalau..

Sekianlah artikel Anwar Ditawar Setengah Billion Oleh Tun Kalau.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anwar Ditawar Setengah Billion Oleh Tun Kalau.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/05/anwar-ditawar-setengah-billion-oleh-tun.html

Subscribe to receive free email updates: