Kubu BN, PH Di Negeri Sembilan Mula Terjejas?

Kubu BN, PH Di Negeri Sembilan Mula Terjejas? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kubu BN, PH Di Negeri Sembilan Mula Terjejas?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kubu BN, PH Di Negeri Sembilan Mula Terjejas?
link : Kubu BN, PH Di Negeri Sembilan Mula Terjejas?

Baca juga


Kubu BN, PH Di Negeri Sembilan Mula Terjejas?

GERAK kerja yang ditumpukan Perikatan Nasional (PN) melalui siri jelajah dan rapat umum sejak awal tahun menunjukkan perkembangan positif di negeri Negeri Sembilan, kata pemimpin parti ini.

Mereka percaya kubu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang selama ini gagal ditembusi di Negeri Sembilan mula terjejas dengan kempen menampilkan pemimpin kanan PN.

Seorang pemimpin akar umbi PAS yang tidak mahu dinamakan berkata, usaha itu jelas menunjukkan hasil terutama dalam ceramah perdana yang diadakan pada Ahad lalu di Senawang.

“Memang ketika ini segala gerak kerja tertumpu di Negeri Sembilan. Ceramah perdana ini memang sengaja diadakan di negeri ini bagi mengukur tahap sokongan.

“Daripada pemerhatian kita dengan kehadiran ramai pengunjung pada ceramah itu kita sangat yakin hasrat PN untuk menembusi negeri pada PRN ini akan dapat dilakukan,” katanya.

PN pada masa ini tidak menguasai sebarang kerusi negeri mahupun Parlimen di Negeri Sembilan.

Dalam PRU15, BN mendominasi lima daripada lapan kerusi Parlimen di negeri tersebut manakala baki tiga lagi dimenangi PH.

Dalam PRU14 pula, PH berjaya menguasai Negeri Sembilan apabila menang 20 kerusi manakala BN menang 16 kerusi.

PAS yang bertanding di 29 kerusi pula berputih mata.

Parti itu melalui gabungannya PN pada Januari lepas seterusnya menetapkan sasaran untuk menguasai majoriti mudah dalam PRN kali ini.

Sasar undi protes pengundi Umno

Mengulas lanjut, pemimpin akar umbi itu menjelaskan PN mengharapkan undi protes dari penyokong Umno yang menolak kerjasama dengan PH.

“Kita sangat yakin akan ada undi protes daripada pengundi Umno yang kecewa parti mereka tidak lagi memperjuangkan hak orang Melayu apabila bekerjasama dengan PH dan DAP.

“Sentimen itu sangat kuat memandangkan sekarang ini pun kita banyak terima permohonan ahli Umno yang ingin menyertai PAS,” katanya.

Keyakinan itu juga berdasarkan prestasi PAS yang semakin popular walaupun tidak memenangi sebarang kerusi Parlimen dalam PRU15 lalu di Negeri Sembilan, katanya.

Jelasnya, pencapaian PAS sebenarnya baik kerana menduduki tempat teratas dalam pilihan pengundi mengikut saluran Pusat Daerah Mengundi (PDM).

Oleh itu, mereka melihat kerusi negeri seperti Lenggeng, Ampangan, Paroi dan Batang Pinang berpotensi untuk dimenangi.

“Contoh di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kita yakin akan dapat tarik banyak undi dari pengundi Umno.

“Bagi pengundi Cina kita tahu susah sebenarnya nak tarik mereka tapi kalau PN dapat 10% daripada undi mereka sebenarnya sudah cukup untuk menjamin kemenangan PN di kerusi itu.”

Ditanya mengenai pembahagian kerusi, pemimpin itu berkata rundingan telah hampir selesai dengan kemungkinan PAS dijangka bertanding sebanyak 12 atau 14 kerusi.

“Selebihnya akan dibahagikan kepada Bersatu dan Gerakan, cuma kita menunggu keputusan akhir untuk dimuktamad kerana ia bergantung juga kepada percaturan semasa.

“Sebab kita lihat ia berdasarkan senario kehadiran beberapa tokoh yang akan menyertai PN,” katanya.

Beliau menjangka keputusan itu akan dimuktamadkan dan dapat diumumkan pada pertengahan bulan ini.

Sementara itu Ketua Penerangan PN Negeri Sembilan Khairul Yazman Yahya berkata ceramah perdana pada Ahad lepas telah memberi isyarat untuk PN berusaha lebih di negeri itu.

Beliau berkata dengan sambutan yang begitu memberangsangkan sangat jelas bahawa terdapat perubahan sentimen yang besar di negeri itu.

“Kita nampak mood rakyat berubah dari PH-BN kepada PN.

“Biarpun PN tidak ada satu kerusi di negeri ini tapi kita ada peningkatan dari segi jumlah undi menyebabkan kita yakin dapat PN akan dapat menembusi negeri itu pada PRN kali ini,” katanya.

Ujarnya, keyakinan itu juga ditambah dengan hasil kajian parti itu yang mendapati 60% kaum Melayu menyokong PN.

“Kekalahan kita pada PRU15 kerana ketika itu PN masih belum bersedia terutama dari sudut kerjasama dan gerak kerja di peringkat parti.

“Namun kita sudah buat post mortem mengenal pasti kelemahan dan perkara itu yang kita sedang perbaiki,” katanya.

Pemimpin itu juga menyedari cabaran PN di Negeri Sembilan bagi PRN kali ini tidak mudah kerana perlu berhadapan dengan pengaruh daripada kerajaan pusat.

“Kalau di Negeri Sembilan bila BN dan PN bergabung di peringkat pusat ia juga menjadikan seolah-olah kerajaan negeri turut bergabung.

“Sebab itu gerak kerja kita sangat agresif. Kita telah gerakkan pelbagai usaha sejak dari hari pertama penubuhan kerajaan perpaduan,” katanya.

Jelasnya, usaha tersebut dikhususkan dengan menumpukan kawasan sasaran kelompok.

“Sebaik sahaja PRU15 kita telah kenal pasti kerusi yang mempunyai potensi menang dan kita tumpukan program di kawasan itu dan mengadakan pertemuan kelompok lebih kecil.

“Hasilnya yang kita dapat lihat pada ceramah perdana Ahad lepas,” katanya.

Ditanya mengenai pembahagian kerusi pula, beliau berkata ia sudah selesai dan hanya menunggu untuk diumumkan oleh pimpinan tertinggi.

Beliau berkata, soal pemilihan calon juga akan diputuskan pemimpin tertinggi - TMI


Demikianlah Artikel Kubu BN, PH Di Negeri Sembilan Mula Terjejas?

Sekianlah artikel Kubu BN, PH Di Negeri Sembilan Mula Terjejas? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kubu BN, PH Di Negeri Sembilan Mula Terjejas? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/06/kubu-bn-ph-di-negeri-sembilan-mula.html

Subscribe to receive free email updates: