Pulau Pinang Akan Dapat 2 TKM Baru...

Pulau Pinang Akan Dapat 2 TKM Baru... - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pulau Pinang Akan Dapat 2 TKM Baru..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pulau Pinang Akan Dapat 2 TKM Baru...
link : Pulau Pinang Akan Dapat 2 TKM Baru...

Baca juga


Pulau Pinang Akan Dapat 2 TKM Baru...

GEORGETOWN: Timbalan Ketua Menteri 2, Dr P Ramasamy yang menimbulkan kontroversi mengenai perkhidmatan awam dikuasai satu kaum, awal tahun ini, adalah antara yang digugurkan sebagai calon Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang.

Pengguguran beliau sekali gus menyaksikan Pulau Pinang bakal memiliki dua Timbalan Ketua Menteri baharu jika Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri selepas PRN.

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman turut digugurkan oleh PKR, ketika pengumuman calon mereka dibuat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Shah Alam, Selangor, Sabtu lalu.

Selain dua Timbalan Ketua Menteri, turut digugurkan dari pencalonan bagi persaingan PRN di pulau mutiara itu adalah tujuh EXCO kerajaan negeri dari DAP dan PKR, sekali gus menyaksikan rombakan besar-besaran bakal berlaku dalam kepimpinan negeri bulan depan.

Dalam pengumuman barisan calon DAP Pulau Pinang semalam, parti itu akan mempertahankan 19 kerusi DUN disandangnya dan mengekalkan 10 penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebelum ini.

Ia termasuk bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang akan bertanding di DUN Air Putih dan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow di DUN Padang Kota.

Sembilan muka baru pula ditampilkan DAP, termasuk Phee Syn Tze di DUN Sungai Puyu; Chee Yeeh Keen (Bagan Jermal); K Kumaran (Bagan Dalam); Datuk Seri S Sundarajoo (Perai); Woo Sze Zeng (Pulau Tikus); Wong Yue Harng (Pengkalan Kota) serta Tan Hooi Peng di DUN Seri Delima.

Seorang calon beralih kerusi iaitu penyandang DUN Pengkalan Kota, Gooi Zi Shen yang berpindah ke DUN Padang Lalang, sementara bekas Ahli Parlimen Bukit Bendera dan bekas ADUN Air Itam, Wong Hon Wai pula bertanding di DUN Paya Terubong.

Selain Guan Eng dan Kon Yeow, turut kekal adalah Heng Lee Lee (DUN Berapit); H'ng Mooi Lye (DUN Jawi); Zairil Khir Johari (DUN Tanjong Bunga); Teh Lai Heng (DUN Komtar); Jagdeep Singh Deo (DUN Datok Keramat); Lim Siew Khim (DUN Sungai Pinang); Ong Ah Teong (DUN Batu Lancang) serta Joseph Ng Soon Siang di DUN Air Itam.

Pengumuman senarai calon DAP Pulau Pinang dan Kedah dibuat Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Pada majlis itu, Loke mengumumkan Teh Swee Leong sebagai calon parti itu di DUN Kota Darul Aman, Kedah dan Tan Kok Yew di DUN Derga.

Beliau juga menamakan ADUN Paya Terubong yang digugurkan Yeoh Soon Hin sebagai Pengerusi baharu Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC).

"Kita ingin membawa nafas baharu dalam DAP dan proses pembaharuan berlaku pada setiap kali pilihan raya," katanya pada Majlis Pengumuman Calon DAP Pulau Pinang dan Kedah di sini, semalam.

Ramasamy, 74, dipilih sebagai EXCO kerajaan negeri kali pertama pada 2008 selepas memenangi kerusi DUN Perai.

Beliau disifatkan 'giant killer' ketika itu apabila menumbangkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon di Parlimen Batu Kawan dalam PRU 2008 dengan majoriti 9,485 undi.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang dan merupakan orang India pertama dilantik ke jawatan itu.

Awal tahun ini, Ramasamy dikritik hebat kerana menimbulkan beberapa isu kontroversi, termasuk mengenai kakitangan awam.

Beberapa pihak menyifatkannya sebagai bermulut celupar selepas beliau menggesa Kerajaan Perpaduan menamatkan dominasi Melayu dalam sektor perkhidmatan awam.

Dalam kenyataan berasingan, Ramasamy juga menyifatkan Ahmad Zahid jika kekal memegang jawatan Presiden UMNO, bukan hanya membebankan kepada parti itu, tetapi juga PH dan Kerajaan Perpaduan.

Beliau mengulas keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang meluluskan usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti akan datang.- BH


Demikianlah Artikel Pulau Pinang Akan Dapat 2 TKM Baru...

Sekianlah artikel Pulau Pinang Akan Dapat 2 TKM Baru... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pulau Pinang Akan Dapat 2 TKM Baru... dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/07/pulau-pinang-akan-dapat-2-tkm-baru.html

Subscribe to receive free email updates: