Undi Tentera, Polis Lebih Cenderung Pada PN – Penganalisis - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Undi Tentera, Polis Lebih Cenderung Pada PN – Penganalisis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Undi Tentera, Polis Lebih Cenderung Pada PN – Penganalisislink :
Undi Tentera, Polis Lebih Cenderung Pada PN – Penganalisis
Baca juga
Undi Tentera, Polis Lebih Cenderung Pada PN – Penganalisis
KUALA LUMPUR: Penganalisa politik, Dr. Mohammad Tawfik Yaakub berpendapat, golongan tentera dan polis lebih cenderung untuk mengundi Perikatan Nasional (PN) pada sesi pengundian awal yang dijalankan pada 8 Ogos lalu.
Berdasarkan tinjauan di platform media sosial menerusi video-video pendek yang tersebar di Facebook dan Tik Tok, sama ada secara jelas atau tersirat memberi gambaran mereka mengundi PN.
“Saya menilai menerusi undi awal, arus gelombang yang menjadi cakap-cakap politik sebelum ini telah terserlah secara realiti.
“Berdasarkan trend, pemerhatian saya cenderung kepada penguasaan oleh PN,” katanya hari ini.
Pensyarah Kanan di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya itu turut berpandangan, parti-parti politik yang bertanding memerlukan formula ajaib hari terakhir berkempen hari ini untuk cuba meraih sokongan di saat saat akhir.
“Saya setuju jika mengatakan trend sama undi awal itu akan berlaku pada hari mengundi sebenar esok dengan kebanyakan pengundi dalam kalangan Melayu akan ke arah PN.
“Cuma kena betul-betul bezakan berapa peratus kaum Melayu akan keluar esok berbanding peratusan keseluruhan,” katanya.
Baru-baru ini, tinjauan yang dijalankan oleh Ilham Centre mendapati hanya satu daripada empat orang Melayu, di negeri yang mengadakan PRN esok berpuas hati dengan prestasi Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Seramai 72,554 anggota tentera, polis serta Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan mereka telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan berkata di Kedah, jumlah peratusan keluar mengundi adalah 96.02, Terengganu (95.91), Selangor (95.87), Pulau Pinang (95.01), Negeri Sembilan (94.05) dan Kelantan (93.90).
Sementara itu, bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu, seramai 1,286 orang pengundi atau 95.47 peratus anggota tentera dan pasangan serta polis telah mengundi awal. – UTUSAN
Demikianlah Artikel Undi Tentera, Polis Lebih Cenderung Pada PN – Penganalisis
Sekianlah artikel Undi Tentera, Polis Lebih Cenderung Pada PN – Penganalisis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Undi Tentera, Polis Lebih Cenderung Pada PN – Penganalisis dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/08/undi-tentera-polis-lebih-cenderung-pada.html