Ini Kronologi Isu Kontrak Beras RM100 Juta - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ini Kronologi Isu Kontrak Beras RM100 Juta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Ini Kronologi Isu Kontrak Beras RM100 Jutalink :
Ini Kronologi Isu Kontrak Beras RM100 Juta
Baca juga
Ini Kronologi Isu Kontrak Beras RM100 Juta
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, melahirkan rasa kesal terhadap laporan tanpa fakta tepat sehingga memberi gambaran seolah-olah Kedah menjadi punca negara kekurangan beras tempatan.
Beliau berkata, laporan disebarkan itu seolah-olah kejadian itu baru berlaku di bawah pentadbirannya sedangkan tiada sebarang tindakan mahkamah diambil untuk membawa mereka yang didakwa terbabit ke muka pengadilan dalam kes berkenaan.
Sanusi yang hanya dilantik sebagai Menteri Besar Kedah ke-14 pada Mei 2020, mendedahkan pada 2 Mac 2016, Kedah Agro Holdings Bhd (KAHB) menandatangani perjanjian kontrak pembuatan dan bekalan bersama Syarikat Prolink Marketing Sdn. Bhd (Prolink).
Jelas beliau, berdasarkan rekod, perjanjian itu ditandatangani Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KAHB, Allahyarham Datuk Ahmad Zaini Japar, yang ketika itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam bersama wakil syarikat Prolink iaitu C. Pubendran dan C. Kuganeswaran sebagai saksi.
Katanya, projek membabitkan pemasaran beras keluaran KAHB yang merangkumi tiga jenis beras iaitu Beras Agro Super Special Tempatan, Beras Agro Super Spesial Import dan Beras Agro Sona Mahsuri dalam pek berkapasiti lima kilogram (kg) dan 10kg dengan nilai RM102,480,000 bersamaan 28,800 tan.
"Perjanjian ini adalah kontrak bagi perniagaan beras di mana Prolink membekalkan beras kepada KAHB. Manakala KAHB pula menjualkannya kepada Syarikat Central Regional Distribution Center Sdn Bhd (CRDC)...yang ini tiada sebarang perjanjian atau kontrak yang mengikat di antara KAHB dan CRDC.
"Transaksi jualan dan belian bermula November 2016 sehingga November 2017 dengan jumlah transaksi keseluruhan seperti berikut iaitu jualan Prolink kepada KAHB RM54,085,75; jualan KAHB kepada CRDC RM54,900,030 dan jumlah margin atau komisen RM 814,280," katanya pada sidang media selepas mesyuarat EXCO di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, sehingga Februari 2018, KAHB menerima sebanyak RM11,066,400 bayaran dari CRDC dan KAHB melunaskan bayaran kepada Prolink sebanyak RM10,785,000 dengan margin keuntungan berjumlah RM281,400.
Katanya, baki bayaran yang belum terima daripada pihak CRDC dan belum dibayar kepada pihak Prolink oleh KAHB adalah seperti berikut.
"Pemiutang, Prolink RM43,833,630; penghutang, CRDC RM43,300,750 manakala jumlah margin atau komisen RM532,880," jelas beliau.
Muhammad Sanusi berkata, ketika Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Laporan Ketua Audit Negara Bilangan Satu 2019 yang diadakan pada 17 Januari 2019 di Cyberjaya, Ketua Pegawai Eksekutif memaklumkan bahawa semua urus niaga pemasaran beras dihentikan.
Katanya, atas nasihat Jawatankuasa Tindakan Laporan Ketua Audit Negara, laporan polis dibuat oleh pihak Kedah Agro melalui Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Agro, Zulkifli Ahmad Rashidi, pada 13 Mac 2019.
"Kemudiannya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bahagian Kawalselia Padi dan Beras juga membuat siasatan dan memanggil pegawai-pegawai yang berkenaan untuk dirakamkan kenyataan.
"Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah juga telah melakukan Audit Khas pada 18 April 2019 berhubung isu pemasaran beras agro," katanya.
Beliau berkata, Kedah Agro menerima surat yang ditandatangani pengarah-pengarah Prolink berserta Resolusi Pengarah Prolink yang disahkan setiausaha syarikat berkenaan bertarikh 24 Januari 2019.
Katanya, resolusi itu adalah berkenaan perakuan pembatalan invois berjumlah RM43,300,750 yang telah dikemukakan Prolink kepada Kedah Agro berkaitan dengan transaksi pembekalan beras kepada Kedah Agro bagi tahun berakhir Disember 2016 sehingga Disember 2017.
"Perkara ini telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah pada 27 Mei 2019 menjelaskan implikasi ke atas kedudukan kewangan syarikat bagi transaksi berkenaan.
"Setelah dibincangkan, lembaga pengarah bersetuju menghapus kira amaun yang tertunggak dari transaksi jualan dan belian beras bagi tempoh 1 Disember 2016 sehingga 31 Disember 2017 seperti yang dikemukakan.
"Seterusnya melalui Mesyuarat Tindakan Bagi Paparan Susulan Laporan Ketua Audit Negara pada 10 Februari 2020 yang diwakili Tuan Hasnida Ludin dan Hasriadee Mohd Wasis juga telah memaklumkan bahawa Projek Pemasaran Beras Agro sudah tidak dilaksanakan dan kes tersebut telah diambil alih oleh SPRM," katanya.
Muhammad Sanusi berkata, mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah yang bersidang pada 24 Disember 2019, dimaklumkan bahawa siasatan oleh SPRM telah selesai dan fail kes telah dihantar ke pejabat Peguam Negara untuk tindakan seterusnya.
Katanya, pada 11 Oktober 2021, Kedah Agro menerima makluman isu audit yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2017 berstatus selesai (hijau).
"Jadi kes ini selesai dan perjanjian RM100 juta itu tak berlaku, kes dari 2016 hingga 2017 takkanlah beras tempatan takdak 2023.
"Masuk akal dak, jadi kalau nak sebar berita pun bagi masuk akal, bila ada jawapan lagu ni kantoilah, malulah, kalau nak serbu, serbu elok-elok, pakai 'helmet'," katanya -
BH
Demikianlah Artikel Ini Kronologi Isu Kontrak Beras RM100 Juta
Sekianlah artikel Ini Kronologi Isu Kontrak Beras RM100 Juta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ini Kronologi Isu Kontrak Beras RM100 Juta dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/10/ini-kronologi-isu-kontrak-beras-rm100.html