Ada PhD Bukan Pakar Segalanya Laa... - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ada PhD Bukan Pakar Segalanya Laa..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Ada PhD Bukan Pakar Segalanya Laa...link :
Ada PhD Bukan Pakar Segalanya Laa...
Ada PhD Bukan Pakar Segalanya Laa...

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jelutong menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memeriksa kelulusan doktor falsafah (PhD) yang dikeluarkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM).
Gesaan itu dibuat RSN Rayer (PH-Jelutong) berikutan kenyataan Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad yang mengaitkan pemimpin DAP dengan Chin Peng dan Lee Kuan Yew.
"Kita tahu dewasa ini seorang yang berkelulusan PhD, yang begitu buta sejarah mengeluarkan kenyataan mengaitkan pemimpin DAP dengan komunisme.
"Tolonglah periksa dan pantau USM serta semua universiti untuk memastikan hanya mereka yang berkelayakan memperoleh PhD. Kalau tak tahu sejarah negara kita pun, macam mana boleh beri PhD," katanya.
Beliau berkata demikian ketika perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi KPT di Dewan Rakyat hari ini.
Melalui rakaman video berdurasi 46 minit 51 saat tular baru-baru ini, Siti Mastura pada suatu majlis di Kemaman, Terengganu mendakwa pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang juga bapa Guan Eng, adalah sepupu kepada bekas Ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng.
Selain itu, Siti Mastura dalam rakaman itu juga mendakwa bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew adalah sepupu Kit Siang, selain mengaitkan isteri Guan Eng dengan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Beliau juga mendakwa, Setiausaha Agung DAP dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Naib Pengerusi Kebangsaan DAP serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming; Ahli Parlimen Bruas, Ngeh Koo Ham dan Teresa mempunyai hubungan kekeluargaan.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan memulakan tindakan undang-undang terhadap Siti Mastura selepas tempoh 48 jam yang diberikan untuk Ahli Parlimen terbabit membuktikan dakwaan berkenaan, tidak diendahkan wakil rakyat PAS itu lapor BH
Rentetan dari gesaan itu.. Menteri Pendidikan Tinggi Khaled Nordin menegaskan pihaknya akan mengetatkan lagi aspek calon program Ijazah Doktor Falsafah (PhD), susulan beberapa Ahli Parlimen membangkitkan isu kualiti pemegangnya.
Beliau mengakui bukan semua pemegang PhD “pakar segalanya”.
“Kalau pun ada seseorang yang mempunyai PhD itu dia tidak semestinya jadi pakar dan tahu segalanya. Dia mungkin pakar bidangnya, tapi yang lain-lain mungkin tak mendalam dalam perkara itu, jadi sebab itu kita berhadapan dengan keadaan sebegitu.
“Apapun selepas ini kita akan lebih ketat dalam soal menentukan siapa yang boleh mengikuti program PhD dan sebagainya. Memang malang lebih-lebih lagi ia berlaku dari graduan sebuah universiti ternama seperti USM,” katanya dalam penggulungan peringkat jawatankuasa Belanjawan 2024, di Dewan Rakyat.
Demikianlah Artikel Ada PhD Bukan Pakar Segalanya Laa...
Sekianlah artikel Ada PhD Bukan Pakar Segalanya Laa... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ada PhD Bukan Pakar Segalanya Laa... dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/11/ada-phd-bukan-pakar-segalanya-laa.html