Dr Sam Mendahului Di PRK Kemaman

Dr Sam Mendahului Di PRK Kemaman - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dr Sam Mendahului Di PRK Kemaman, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dr Sam Mendahului Di PRK Kemaman
link : Dr Sam Mendahului Di PRK Kemaman

Baca juga


Dr Sam Mendahului Di PRK Kemaman

BERBAKI sehari sahaja lagi, calon Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilihat lebih mendahului dalam penerimaan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, lapor firma penyelidik Ilham Centre.

Bagaimanapun, Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar berkata, calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor mampu memberi cabaran kepada calon heavyweight Pas.

“Berdasarkan pemerhatian kami, penerimaan Ahmad Samsuri semasa kempen lebih ke hadapan berbanding calon BN, namun kehadiran Raja Mohamed Affandi juga tidak boleh dipandang mudah pihak lawan,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, tinjauan firma itu juga mendapati mood 141,790 pengundi di Parlimen berkenaan suram.

“Tiada isu hangat dibangkitkan sepanjang tempoh 13 hari ini selain cuaca hujan dan mendung menjadi faktor kempen PRK Kemaman ‘sejuk’.

“Faktor cuaca mengehadkan pengundi serta jentera untuk berpartisipasi dalam PRK ini dengan lebih rancak,” katanya.

Ujar Hisommudin, kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen itu juga tidak memberi impak besar kepada pengundi di kawasan tersebut.

“Jentera Pakatan Harapan (PH)-BN yang berjanji untuk membawa pembangunan sekiranya Kemaman selari dengan kerajaan dilihat terlalu umum serta tiada isu setempat dibangkitkan.

“Berbanding Pas, segmen yang memberikan kesan besar dan menyumbang majoriti undi kepada Pas ialah dalam kalangan pengundi muda,” jelasnya.

Dalam pada itu beliau berkata, undi majoriti yang diperoleh Pas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu dijangka akan menyusut.

“Dalam PRK kali ini situasi untuk mencapai peratusan keluar mengundi setinggi PRU15 lalu mungkin sukar dicapai.

“Logiknya, majoriti kali ini akan berkurangan bukanlah kerana perubahan pola sokongan, sebaliknya lebih kepada jumlah pengundi yang keluar mengundi lebih rendah,” katanya sambil menambah misi Pas adalah untuk mengekalkan kejayaan bagi membuktikan sokongan terhadap mereka yang tidak mampu digugat oleh PH-BN.

Beliau berkata, dijangkakan 65 peratus akan keluar menunaikan tanggungjawab mengundi pada Sabtu ini.

Pada PRU15 lalu menyaksikan Pas yang diwakili calon, Che Alias Hamid menang majoriti 27,179 undi dengan memperoleh 65,714 undi. Beliau menewaskan calon BN iaitu Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang mendapat 38,535 undi, Hasuni Sudin (PH) memperoleh 8,340 undi dan Rosli Ab Ghani (Pejuang) mendapat 506 undi. 

Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Che Alias setelah mendapati wujud unsur sogokan kepada pengundi ketika tempoh kempen - SH


Demikianlah Artikel Dr Sam Mendahului Di PRK Kemaman

Sekianlah artikel Dr Sam Mendahului Di PRK Kemaman kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dr Sam Mendahului Di PRK Kemaman dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/12/dr-sam-mendahului-di-prk-kemaman.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :