Hans Isaac Perlu Letak Jawatan!

Hans Isaac Perlu Letak Jawatan! - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hans Isaac Perlu Letak Jawatan!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hans Isaac Perlu Letak Jawatan!
link : Hans Isaac Perlu Letak Jawatan!

Baca juga


Hans Isaac Perlu Letak Jawatan!

KUALA LUMPUR: Permohonan maaf sahaja tidak mencukupi daripada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sebaliknya Pengerusinya, Datuk Hans Isaac perlu meletak jawatan susulan gagal memastikan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) di tahap terbaik untuk final Piala Malaysia, malam ini.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustaffa menegaskan situasi padang yang dilihat bagaikan 'jeans lusuh' sememangnya amat memalukan apatah lagi padang SNBJ dianggap berkelas dunia dan sudah menganjurkan banyak aksi antarabangsa.

"Memang rumput akan tercabut dan maruah Malaysia dipijak buat kali kedua dalam tempoh sebulan. Tahniah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kerana meletakkan Malaysia di persada dunia dalam pengurusan padang bola terburuk.

"Gagal melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan akan menyebabkan imej organisasi tercalar. Pemimpin bermaruah akan lepaskan jawatan.

"Jadi individu terbabit perlu meletakkan jawatan, beliau sepatutnya jaga Istana Budaya bukannya SNBJ," kata Sadek kepada BH Sukan.

Terdahulu, selepas beberapa hari kecoh mengenai isu kerosakan padang SNBJ, PSM akhirnya tampil membuat permohonan maaf.

Menerusi kenyataan media malam tadi, PSM memohon maaf kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selaku badan penganjur saingan Piala Malaysia 2023.

PSM turut memohon maaf kepada semua peminat sukan bola sepak negara terutamanya pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) yang akan berentap di final trofi keagungan itu.

PSM mengakui tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membaiki dan mengembalikan padang ke tahap optimum selepas konsert Coldplay yang berlangsung pada 22 November lalu - BH


Demikianlah Artikel Hans Isaac Perlu Letak Jawatan!

Sekianlah artikel Hans Isaac Perlu Letak Jawatan! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hans Isaac Perlu Letak Jawatan! dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/12/hans-isaac-perlu-letak-jawatan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :