‘Langkah Dubai’, J-Kom Tak Cermat Kata penganalisis

‘Langkah Dubai’, J-Kom Tak Cermat Kata penganalisis - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Langkah Dubai’, J-Kom Tak Cermat Kata penganalisis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Langkah Dubai’, J-Kom Tak Cermat Kata penganalisis
link : ‘Langkah Dubai’, J-Kom Tak Cermat Kata penganalisis

Baca juga


‘Langkah Dubai’, J-Kom Tak Cermat Kata penganalisis

PETALING JAYA: Jabatan kerajaan perlu berhenti sebar dakwaan kononnya terdapat usaha untuk menumbangkan kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana ia mengundang persepsi negatif terhadap kerajaan, kata penganalisis.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar, berkata ia perlu berwaspada agar tidak terjerat dalam permainan politik pihak tertentu, susulan dakwaan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Ismail Yusop mengenai wujudnya “Langkah Dubai”

Katanya, beliau melihatnya sebagai tindakan yang kurang cermat dari sebuah agensi kerajaan.

“Kenyataan yang dikeluarkan itu tidak lebih daripada sekadar khabar angin kerana tiada bukti atau asas kukuh yang menyokongnya,”

“Ia boleh dilihat sebagai langkah awal daripada J-Kom yang membuat pendedahan mengenai perkara itu.

“Namun, pada masa yang sama ia boleh ditafsir bahawa kerajaan Madani ini tidak kukuh. Sewajarnya agensi kerajaan seperti J-Kom tidak terjejas dengan sebarang gerakan menggulingkan kerajaan,” katanya.

Sabtu lepas, media melaporkan dakwaan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Ismail Yusop bahawa wujudnya “Langkah Dubai” membabitkan pertemuan pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan blok kerajaan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.

Beliau mendakwa, pertemuan untuk menumbangkan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim itu turut membabitkan tokoh politik veteran berpengaruh berpangkat Tun menggunakan dana asing.

Pertemuan itu didakwa bertujuan membahagikan tugas kepada “ejen” untuk mengenal pasti Ahli Parlimen yang boleh menukar sokongan kepada pembangkang bagi membentuk kerajaan baharu.

Sementara itu, Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya pula melihat J-Kom termakan “dongeng” yang diwujudkan sebagai propaganda pihak tertentu.

“Kenyataan itu ibarat cerita dongeng yang disebar dari mulut ke mulut, sekadar propaganda takutkan penyokong kerajaan.

“Bila tersebar, maka J-Kom ingin menyekat sebelum gerakan berlaku walaupun tidak dipastikan kesahihan, ia juga boleh berupa propaganda, dakyah untuk (tunjukkan) naratif kerajaan sekarang tak stabil,” katanya - FMT


Demikianlah Artikel ‘Langkah Dubai’, J-Kom Tak Cermat Kata penganalisis

Sekianlah artikel ‘Langkah Dubai’, J-Kom Tak Cermat Kata penganalisis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Langkah Dubai’, J-Kom Tak Cermat Kata penganalisis dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2024/01/langkah-dubai-j-kom-tak-cermat-kata.html

Subscribe to receive free email updates: