Siapa Bekas PM Yang Akan Di Panggil SPRM? - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Siapa Bekas PM Yang Akan Di Panggil SPRM?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Siapa Bekas PM Yang Akan Di Panggil SPRM?link :
Siapa Bekas PM Yang Akan Di Panggil SPRM?
Siapa Bekas PM Yang Akan Di Panggil SPRM?

PETALING JAYA: Seorang bekaspemimpin tertinggi kerajaan dan ketua setiausaha sulit dipercayai akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu hadapan bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana kerajaan bernilai jutaan ringgit.
Beliau antara bekas pemimpin tertinggi kerajaan yang sedang disiasat SPRM kerana disyaki memiliki aset, perniagaan daripada hasil meragukan.
Satu sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, tumpuan siasatan yang dijalankan SPRM juga memberi perhatian terhadap kekayaan dimiliki ahli keluarga bekas pemimpin tertinggi berkenaan termasuk anak-anak dan isterinya.
Sumber berkata, penaung kepada sebuah yayasan itu didakwa telah menyalahgunakan dana kerajaan dengan memberi projek melibatkan dana awam kepada individu tertentu ketika beliau memimpin negara semasa pandemik Covid-19.
“Ahli Parlimen di sebuah negeri Pantai Timur dan orang kanannya mungkin akan dipanggil SPRM minggu hadapan bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 dan Akta SPRM 2009,” katanya.
Dalam perkembangan berasingan, sumber berkata, SPRM juga dipercayai telah menjalankan siasatan terhadap seorang lagi bekas pemimpin tertinggi selepas disyaki menggunakan dana kerajaan bagi menyelamatkan perniagaan anaknya sehingga menyebabkan syarikat gergasi petroleum negara, kerugian lebih RM500 bilion sejak 1979.
Kata sumber, syarikat gergasi petroleum itu juga didakwa menjadi ‘alat’ dalam menyelamatkan syarikat berkaitan kerajaan yang mengalami masalah kewangan.
“Dana-dana daripada syarikat gergasi petroleum ini disyaki telah digunakan untuk membina beberapa projek mega negara. Selain bekas pemimpin tertinggi ini, ada juga taikun-taikun perniagaan juga sudah berada dalam radar siasatan SPRM,” jelas sumber.
Pada 22 Disember lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tindakan SPRM menyiasat dan menyita Menara Ilham di ibu negara membuktikan sistem penguat kuasaan negara ini tidak melindungi sesiapa yang terlibat dalam rasuah.
Anwar berkata, sistem keadilan dan penguatkuasaan khususnya berkaitan integriti mesti menunjukkan contoh dan berani untuk bertindak terhadap perasuah besar.
“SPRM menjalankan tugas dia dan tidak mengira kedudukan sama ada dia Tun, Tan Sri. Kalau tidak, ia kritikannya apa? Ikan kecil ini ditangkap, yang kepala-kepala tak boleh disentuh,” tegasnya.
Dalam pada masa sama, bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang terkenal dengan kenyataan-kenyataan sinis dan sindirannya menyindir pihak berkuasa, sambil menggesa kerajaan menahan reman semua mereka yang memegang gelaran Tun, termasuk dirinya jika tidak mendedahkan sumber kekayaan mereka.
Sementara itu polis menyerahkan siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan dana RM700 juta oleh dua kerajaan terdahulu untuk iklan dan publisiti kepada SPRM.
Mengesahkan kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah ketika dihubungi, berkata, satu laporan telah diterima pihaknya tengah hari semalam berkaitan dakwaan salah guna dana itu.
“Pihak polis akan membuat surat rasmi untuk tindakan pihak SPRM Selasa ini,” katanya.
Semalam, Pengarah Komunikasi UMNO Datuk Lokman Noor Adam memaklumkan kepada media, pegawainya membuat laporan berhubung perkara berkenaan di Balai Polis Setapak kira-kira 2 petang. –UTUSAN
Demikianlah Artikel Siapa Bekas PM Yang Akan Di Panggil SPRM?
Sekianlah artikel Siapa Bekas PM Yang Akan Di Panggil SPRM? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Siapa Bekas PM Yang Akan Di Panggil SPRM? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2024/01/siapa-bekas-pm-yang-akan-di-panggil-sprm.html
Related Posts :
Umno tak setuju tindakan JamalANTARAPOS
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Umno tidak menyokong tindakan Datuk Seri Jamal Yunos yang m… Read More...
Kerajaan sasar 50,000 bebas status bankrap tahun depan, kata menteri
Mohamad Fadli
Azalina Othman Said berkata matlamat itu mensasarkan golongan Orang Kelainan Upaya, orang yang meninggal dunia,… Read More...
Malaysia tiada hasrat tandatangan perjanjian pelarian, kata Zahid Adam Abu Bakar | October 6, 2017 Malaysia tidak menandatangani perjanjian membawa masuk pelarian tetapi bekerjasama dengan UNHCR dan agensi antarabangsa lain. ahmad-zahid-hamidi-unhcr-rohingya-pelarianKUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Malaysia tidak berhasrat untuk menandatangani perjanjian untuk membawa masuk pelarian etnik Rohingya ke negara ini. Katanya, walaupun tidak menandatangani perjanjian itu, negara bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dan beberapa agensi antarabangsa lain serta menetapkan dasar perikemanusiaan. Sehingga kini, Malaysia masih tidak menandatangani Perjanjian Berkaitan Pelarian dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). “Kita tidak berhasrat untuk menandatangani perjanjian untuk pelarian, walaupun kita pernah ada Pulau Bidong yang suatu ketika dahulu menerima pelarian dari Vietnam,” katanya dalam sidang media di Hotel JW Marriot hari ini. Sebelum ini, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyatakan mengikut rapat perkembangan berhubung perjanjian antara Myanmar dan Bangladesh mengenai penubuhan kumpulan kerja untuk penghantaran pulang pelarian Rohingya. OIC berkata, pelarian Rohingya harus kembali ke negara asal dengan selamat serta bermaruah dan kerajaan Myanmar perlu mengambil langkah konkrit bagi menangani masalah yang mencetuskan ketegangan di Rakhine. Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Zulkifli Abu Bakar dilaporkan berkata tidak akan menghalau pelarian Rohingya, sebaliknya bersedia menyediakan tempat perlindungan sementara. Walaupun tidak menandatangani perjanjian berkenaan, sehingga kini lebih 100,000 pelarian Rohingya dan pemohon suaka berdaftar dengan UNHCR di Malaysia. Rohingya satu daripada 135 kumpulan etnik di Myanmar, dengan bilangan dianggarkan sekitar 1.33 juta orang, rata-ratanya beragama Islam. Kerajaan Myanmar menganggap mereka sebagai pendatang asing dan menafikan taraf kewarganegaraan. Penganiayaan besar-besaran melalui pembersihan etnik dan tindakan pembunuhan menyebabkan kira-kira 1.5 juta Rohingya terpaksa meninggalkan kampung halaman mereka sejak kemerdekaan Burma pada 1948. Layanan ke atas lebih sejuta penduduk Rohingya cabaran terbesar pemimpin Myanmar, Aung dan Suu Kyi yang dikritik tidak berusaha melindungi minoriti Rohingya.
Adam Abu Bakar
Malaysia tidak menandatangani perjanjian membawa masuk pelarian tetapi bekerjasama dengan UNHCR dan agensi ant… Read More...
SPRM tahan tiga individu termasuk Naib Presiden WARISANANTARAPOS
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu termasuk Naib Presiden Warisan, … Read More...
Seleweng dana RM180 juta: Bekas timbalan setiausaha kementerian direman
Bernama
Wanita itu antara 3 individu ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes berkenaan.
PUTRAJAYA: Seorang bekas timbala… Read More...