Jemaah haji sedar hilang wang selepas bahu dipeluk

Jemaah haji sedar hilang wang selepas bahu dipeluk - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jemaah haji sedar hilang wang selepas bahu dipeluk, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jemaah haji sedar hilang wang selepas bahu dipeluk
link : Jemaah haji sedar hilang wang selepas bahu dipeluk

Baca juga


Jemaah haji sedar hilang wang selepas bahu dipeluk

ASLANI M 


 


MAKKAH: Kehadiran jutaan manusia di sini memberi peluang pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil peluang.

Kesesakan manusia sehingga terpaksa berhimpit-himpit dalam perjalanan ke masjid, mendedahkan jemaah haji terhadap sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Kesesakan begitu ketara berlaku di sekitar Safwan dan Clock Tower serta dataran burung merpati apabila jemaah bertembung dari arah Al Misfalah dan jalan di sekitarnya.

Keadaan tambah sesak apabila banyak pihak berniaga di atas jalan sehingga mengganggu kelancaran perjalanan.

Tidak kurang juga ada pihak meminta sedekah daripada orang ramai.

Ada antara mereka terutamanya budak-budak dipercayai kaum kulit hitam berlakon seperti tangan kudung.

Mereka hanya menampakkan siku dan menyembunyikan tangan di dalam lengan baju.

Budak-budak terbabit menyanyikan lagu Adis Ababa dan Ali Baba sambil menagih simpati orang ramai.

Namun mereka cukup marah apabila ada pihak memegang tangannya yang disembunyikan di sebalik lengan baju.

Di tengah-tengah kekalutan itu semalam ada jemaah haji dari Malaysia difahamkan diragut pihak tidak bertanggungjawab.

Jemaah haji wanita tersebut difahamkan dalam perjalanan ke masjid didekati wanita berkulit hitam.

Menurut sumber selepas dipeluk di bahu beliau baru menyedari kehilangan wang yang disimpan dalam beg sangkut.

Katanya, wanita terbabit yang tinggal di Hotel Land Premium kehilangan SR600 yang disimpan dalam beg terbabit. - HARAKAHDAILY 



Demikianlah Artikel Jemaah haji sedar hilang wang selepas bahu dipeluk

Sekianlah artikel Jemaah haji sedar hilang wang selepas bahu dipeluk kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jemaah haji sedar hilang wang selepas bahu dipeluk dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/jemaah-haji-sedar-hilang-wang-selepas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :