Pengarah Urusan syarikat proksi ditahan reman enam hari

Pengarah Urusan syarikat proksi ditahan reman enam hari - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengarah Urusan syarikat proksi ditahan reman enam hari, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengarah Urusan syarikat proksi ditahan reman enam hari
link : Pengarah Urusan syarikat proksi ditahan reman enam hari

Baca juga


Pengarah Urusan syarikat proksi ditahan reman enam hari

MALAYSIA GAZETTE
 

Seorang pengarah urusan sebuah syarikat proksi kepada sebuah syarikat penerbitan buku direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa dan penyelewengan dana bernilai RM15 juta.


Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman lelaki berusia 42 tahun itu sehingga 2 Sept ini.

Lelaki itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM di sini pada 11.09 malam tadi apabila tampil memberi keterangan.

Sementara itu, pengarah urusan sebuah bank bergelar Datuk, bekas pegawai bank sama, pemilik syarikat penerbitan dan pegawai syarikat penerbitan sama dilanjutkan reman selama dua hari bermula esok sehingga Selasa (30 Ogos) bagi membantu siasatan kes yanh sama.

Lelaki bergelar Datuk berusia 48 tahun itu ditahan berhubung kes tender penukaran sistem bank dan penerbitan biografi berkaitan seorang pemimpin negara.

Pada 25 Ogos, SPRM menahan lapan individu berumur antara 32 hingga 48 tahun antara pukul 2 petang hingga tengah malam di sekitar Kuala Lumpur bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa.

Jumaat lalu, empat individu terdiri daripada dua peguam wanita, seorang penulis buku berkaitan seorang tokoh pemimpin negara dan isteri kepada bekas pegawai bank itu, dibebaskan.

Semalam, seorang pengarah syarikat penerbitan buku berusia 40 tahun yang ditahan di kediamannya di Kuantan, Pahang direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes yang sama.


Sehingga kini, enam lagi masih ditahan reman SPRM bagi membantu siasatan kes tersebut.-- BERNAMA




Demikianlah Artikel Pengarah Urusan syarikat proksi ditahan reman enam hari

Sekianlah artikel Pengarah Urusan syarikat proksi ditahan reman enam hari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pengarah Urusan syarikat proksi ditahan reman enam hari dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/pengarah-urusan-syarikat-proksi-ditahan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :