Ketua Audit Negara sedia beri keterangan berhubung klasifikasi laporan 1MDB

Ketua Audit Negara sedia beri keterangan berhubung klasifikasi laporan 1MDB - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ketua Audit Negara sedia beri keterangan berhubung klasifikasi laporan 1MDB, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ketua Audit Negara sedia beri keterangan berhubung klasifikasi laporan 1MDB
link : Ketua Audit Negara sedia beri keterangan berhubung klasifikasi laporan 1MDB

Baca juga


Ketua Audit Negara sedia beri keterangan berhubung klasifikasi laporan 1MDB

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
MELAKA: Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, beliau sedia memberi keterangan di mahkamah berhubung semakan kehakiman bagi mencabar keputusan mengklasifikasi Laporan Ketua Audit Negara ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai rahsia rasmi.
 
Beliau berkata, hadir ke mahkamah bagi memberi keterangan dan memberikan kerjasama penuh pada bila-bila masa bagi menjadi saksi adalah sebahagian daripada tanggungjawabnya.
 
"Kalau saya diperlukan datang ke mahkamah untuk menjadi saksi saya akan hadir, itu tanggungjawab saya. Lagipun nama saya telah disebut, jadi saya kena bagi penjelasan.
 
"Setakat ini saya belum dipanggil dan saya bersedia pada bila-bila masa," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Hari Audit 1Malaysia dan Persidangan Juruaudit Sektor Awam Jabatan Audit Negara 2016 disempurnakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.
 
Pada 15 Ogos lepas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan mengklasifikasi Laporan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB sebagai rahsia rasmi.
 
Ditanya tentang permohonan semakan kehakiman berkenaan, Ambrin berkata, Azmin mempunyai hak untuk memfailkan semakan tersebut dan beliau (Ambrin) akan melihat perkembangan kes tersebut.
 
 


Demikianlah Artikel Ketua Audit Negara sedia beri keterangan berhubung klasifikasi laporan 1MDB

Sekianlah artikel Ketua Audit Negara sedia beri keterangan berhubung klasifikasi laporan 1MDB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ketua Audit Negara sedia beri keterangan berhubung klasifikasi laporan 1MDB dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/ketua-audit-negara-sedia-beri.html

Subscribe to receive free email updates: