Mahathir: Bersatu sedia penuhi syarat RoS

Mahathir: Bersatu sedia penuhi syarat RoS - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahathir: Bersatu sedia penuhi syarat RoS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahathir: Bersatu sedia penuhi syarat RoS
link : Mahathir: Bersatu sedia penuhi syarat RoS

Baca juga


Mahathir: Bersatu sedia penuhi syarat RoS

Tun Dr Mahathir Mohamad
Mahathir Mohamad


KUALA LUMPUR - Parti Peribumi Bersatu (Bersatu) sedia memenuhi apa sahaja syarat dan peraturan yang diletakkan Pejabat Pendaftar (RoS).

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, setakat ini pihaknya sudah memenuhi semua peraturan dan syarat tetap yang dikenakan dan kini pihaknya hanya menunggu jawab balas daripada RoS.

"Kami bersedia memenuhi kehendak dan peraturan yang ditetapkan RoS.

"Sekiranya masih ada syarat lain yang dikenakan (oleh RoS) kita akan penuhi kesemua yang ditetapkan demi penubuhan parti," katanya dalam sidang media  Barisan Penaja Bersatu di sini, hari ini.

Kata Mahathir lagi, buat masa ini, beliau terpaksa menolak borang keahlian Bersatu yang diterima kerana Bersatu masih menunggu kelulusan daripada RoS.

"Sejak parti ditubuhkan dan didaftarkan, banyak persoalan yang diterima. Ada juga yang buat permohonan daftar (sebagai ahli) secara persendirian.

"Bagaimanapun kita tidak boleh terima sebarang permohonan (sebagai ahli) buat masa sekarang kerana RoS masih tidak luluskan permohonan," katanya lagi.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika ditemui Sinar Online selepas sidang media berkata, RoS mungkin akan mengambil sedikit masa untuk membuat keputusan berhubung permohonan parti itu.

Tidak pasti dengan masa yang diambil RoS untuk memberi kata putus berhubung penubuhan Bersatu, Mukhriz berkata, pihaknya dijanjikan sebulan bagi RoS untuk meneliti permohonan yang dikemukakan oleh Bersatu.

"Kalau kita tengok Parti Amanah Negara (Amanah) pihak mereka ambil masa yang agak lama untuk mendapatkan kelulusan daripada RoS. Amanah bukanlah benar-benar parti baharu, sebaliknya mereka ambil alih parti lain (Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia) dan hanya gunakan nama lain (ditukar kepada Amanah) semasa buat permohonan.

"Sepatutnya permohonan mereka hanya  mengambil masa yang singkat untuk diluluskan. Untuk Bersatu, kita tidak pasti berapa lama masa yang akan diambil.

Katanya mungkin sebulan, mungkin lebih lama," katanya ketika ditemui Sinar Online selepas sidang media berlangsung.




Demikianlah Artikel Mahathir: Bersatu sedia penuhi syarat RoS

Sekianlah artikel Mahathir: Bersatu sedia penuhi syarat RoS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahathir: Bersatu sedia penuhi syarat RoS dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/mahathir-bersatu-sedia-penuhi-syarat-ros.html

Subscribe to receive free email updates: