SEBAB SEBENAR TUN MAHATHIR MINTA MAAF!

SEBAB SEBENAR TUN MAHATHIR MINTA MAAF! - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SEBAB SEBENAR TUN MAHATHIR MINTA MAAF!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Berita, Artikel Fakta, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel Politik, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SEBAB SEBENAR TUN MAHATHIR MINTA MAAF!
link : SEBAB SEBENAR TUN MAHATHIR MINTA MAAF!

Baca juga


SEBAB SEBENAR TUN MAHATHIR MINTA MAAF!

Kita sedia maklum bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad telah memohon maaf di dalam blog beliau kerana meminda Perlembagaan Persekutuan supaya kelulusan dan tandatangan YDP Agong tidak lagi diperlukan untuk menjadikan sesuatu akta termaktub dalam undang-undang.
Rupa-rupanya, permintaan maaf Dr Mahathir itu bersebab! Sebab beliau meminta maaf ialah kerana beliau seperti tidak mahu dikaitkan dengan kelulusan Akta Majlis Keselamatan Negara 2015!
Saya ingin memohon maaf kerana pindaan perlembagaan yang menyebabkan kelulusan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong tidak lagi menjadi keperluan untuk menjadikan suatu Akta Parlimen sebagai undang-undang.
KONONNYA disebabkan pindaan ini, maka Akta Majlis Keselamatan Negara yang baru telah dapat dikuatkuasakan walaupun tidak mendapat tandatangan persetujuan Yang di-Pertuan Agong - kata Dr Mahathir.
Dalam isu ini, Dr Mahathir sebenarnya tidak boleh menafikan yang beliau tidak terlibat dan menggunakan perkataan 'kononnya' kerana Akta RUU MKN ini diluluskan Parlimen selaras dengan Perlembagaan Persekutuan yang berdasarkan (Perkara 66) Fasal (4A) yang dipinda semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Permintaan maaf Mahathir ini telah dikritik hebat oleh netizen dan juga dipertahankan oleh pro-tun di dalam portal pro-pembangkang MenipuKini MalaysiaKini. Di antara komentar-komentarnya di bawah:
Biasalah..masa buat tak fikir panjang walaupun ada org kata fikiran madey ni jauh 10 tahun kedepan dari org lain, nak besar dia dah buat, nak panjang dia dah buat, nak tinggi dia pun dan buat..cuma nak benggok dan nak jatuhkan najib je dia gagal.

Kerana..sehebat mana pun sesaorang itu, dia tetap makluk tuhan, mesti ada salah dan silapnya, krn madey ni bukan nabi, bukan juga malaikat..itu kita sebagai umat perlu faham.

Bagus..bila dah sedar minta maaf, terpulang lah pada yg terlibat utk terima atau tidak permohonan maaf madey tu..cuma apa yg ingin saya ingatkan sebagai saudara seislam..bila lagi nak minta maaf dgn najib? - Rusli Omar
Harap Tun Mahathir minta maaf kesilapan yg lain2. Masih ada lagi waktu. Harap Tun Mahathir berihat dari arena politik selepas ini - Jake Jamal.
Baru Tun sedar dan minta maaf untuk baru satu kesalahan yang dibuat atas nafsu kuasa dan banyak lagi akan timbul, bila nak minta maaf ! Semua tahu yang baik PM dulu bikin semua ditukar oleh TUN untuk berkuasa 22Tahun. Sekarang sendiri kena! Tepuk dada tanya selera! - Saravanan Sara.

Untuk kita berlaku adil di dalam isu maaf Dr Mahathir, kita soroti kembali kronologi Rang Undang-undang (RUU) MKN ini, Majlis Keselamatan Negara telah mengeluarkan penjelasan terhadap isu-isu yang dibangkitkan mengenai RUU ini. Kita boleh baca http://ift.tt/2bTWSC8

Portal pro-pembangkang MenipuKini MalaysiaKini cuba spin apabila melaporkan 'pengkritik berkata ia serupa dengan mengisytiharkan darurat, sesuatu yang hanya YDP Agong boleh lakukan'. Tetapi portal pro-pembangkang itu gagal melaporkan (atau disengajakan?) bahawa RUU ini bukan untuk mengisytihar darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan tetapi untuk mengisytiharkan kawasan keselamatan. 

Kenapa?

Realitinya, terdapat perbezaan yang ketara antara darurat dan kawasan keselamatan. Darurat hanya boleh diisytiharkan oleh YDP Agong apabika berlaku darurat yang besar dan bukannya ancaman keselamatan biasa.

Sebaliknya, perisytiharan kawasan keselamatan akan dilakukan apabila berlaku "ancaman yang serius terhadap keselamatan negara‟ dan bukannya "darurat yang besar‟. Ini bermaksud, tahap ancaman yang membolehkan perisytiharan kawasan keselamatan oleh Perdana Menteri adalah lebih rendah berbanding tahap ancaman bagi maksud perisytiharan darurat oleh YDP Agong.

Kuasa untuk mengisytihar darurat masih kekal kepada YDP Agong di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Apa sahaja yang mempunyai kaitan dengan hak YDP Agong untuk mengisytiharkan darurat, masih memerlukan tandatangan baginda.

Perbezaannya juga ialah:
Perisytiharan darurat akan menyebabkan semua pentadbiran di negeri yang diisytiharkan darurat akan diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan dan segala aktiviti politik, ekonomi dan sosial penduduk akan lumpuh dan terjejas. Hak untuk bergerak juga akan disekat.
Tetapi perisytiharan kawasan keselamatan tidak akan akan menjejaskan aktiviti penduduk dan pentadbiran di negeri yang berkaitan. Ia cuma akan membolehkan Pasukan Keselamatan dikerah bertugas bagi mengawal ancaman di kawasan tersebut.
Maka kenyataan kononnya perdana menteri mengambil alih kuasa YDP Agong adalah SALAH dan hanya fitnah jahat pembangkang kerana proklamasi darurat dan pengisytiharan kawasan keselamatan adalah berbeza.

Kita juga difahamkan bahawa RUU digubal berdasarkan kuasa perundangan Parlimen di bawah senarai persekutuan, jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, tiada keperluan untuk merujuk RUU ini kepada Majlis Raja-Raja kerana ia bukanlah suatu undang-undang yang memberi kesan secara langsung kepada keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja. Tidak seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir di mana kuasa Raja-raja dikekang dengan meluluskan pindaan perlembagaan untuk membolehkan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen untuk menjadi undang-undang dalam tempoh 30 hari, tidak kira sama ada YDP Agong memberikan perkenannya.

Pokoknya, kuasa mengisytihar darurat tetap terletak pada kuasa YDP Agong.



Demikianlah Artikel SEBAB SEBENAR TUN MAHATHIR MINTA MAAF!

Sekianlah artikel SEBAB SEBENAR TUN MAHATHIR MINTA MAAF! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SEBAB SEBENAR TUN MAHATHIR MINTA MAAF! dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/sebab-sebenar-tun-mahathir-minta-maaf.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :