BN sudah berubah, tidak layak dicontohi

BN sudah berubah, tidak layak dicontohi - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BN sudah berubah, tidak layak dicontohi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BN sudah berubah, tidak layak dicontohi
link : BN sudah berubah, tidak layak dicontohi

Baca juga


BN sudah berubah, tidak layak dicontohi

Berita Daily ·

 

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP Lim Kit Siang mempertikaikan perubahan yang berlaku dalam dasar Barisan Nasional (BN) yang jelas tidak wajar dicontohi apabila pemimpin parti itu didakwanya membuat keputusan tanpa perbincangan terlebih dahulu.

Beliau berkata, parti itu jelas tidak mengamalkan konsensus di apabila Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mengumumkan bahawa kerajaan akan mengambil alih pembentangan pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah ( Bidang Kuasa Jenayah Syariah) Akta355.

“Nampaknya BN sudah tukar karakter apabila Zahid umumkan bahawa kerajaan akan ambil alih RUU yang dikemukakan oleh Hadi, pemimpin dan menteri dari parti lain (komponen) kata mereka tidak tahu.

“Apa ertinya? Adakah BN sudah tukar karakter daripada satu polisi di mana semua parti perlu bersetuju pada dasar dan keputusan? Atau sudah menjadi polisi yang berasaskan hegemoni? Apa pemimpin Umno mahu perlulah menjadi dasar BN?,” katanya kepada wartawan ketika sidang media di Parlimen.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu merujuk kepada kenyataan Zahid bahawa kerajaan bakal membentangkan RUU iu di Parlimen pada kali ini.

Jelasnya, pengumuman tersebut menimbulkan persoalan ia dibuat berdasarkan persetujuan semua rakan komponen BN yang menolak pindaan itu atau tidak.

Kit Siang terdahulu diminta mengulas mengenai cadangan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Dr Mahathir Mohamad bahawa pakatan pembangkang perlu mengikut cara BN sekiranya mahu menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Kata Dr M, rahsia kemenangan BN adalah kekuatan sebagai sebuah gabungan, tidak ada perpecahan dalam parti komponen walaupun ada kala terdapat perbezaan pendapat.

Dalam pada itu kit Siang mempertikaikan adakah Zahid akan mengekalkan pendiriannya pada mesyuarat Kabinet Jumaat ini di hadapan semua parti komponen BN atau bertindak sebaliknya.

“Saya rasa ini mustahak dan semua rakyat tunggu mesyuarat kabinet Jumaat ini sama ada Zahid akan menarik balik kenyataan beliau atau menjelaskan bahawa pendirian beliau yang diumumkan minggu lalu adalah pendirian Umno bukan BN.

“Kalau apa yang kita baca dalam surat khabar benar, bahawa semua parti selain Umno tidak bersetuju bahawa ini bukan pendirian BN itu Umno sahaja,” ujarnya.



Demikianlah Artikel BN sudah berubah, tidak layak dicontohi

Sekianlah artikel BN sudah berubah, tidak layak dicontohi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BN sudah berubah, tidak layak dicontohi dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/03/bn-sudah-berubah-tidak-layak-dicontohi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :