Tiada keperluan lantik ketua pembangkang baharu

Tiada keperluan lantik ketua pembangkang baharu - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiada keperluan lantik ketua pembangkang baharu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiada keperluan lantik ketua pembangkang baharu
link : Tiada keperluan lantik ketua pembangkang baharu

Baca juga


Tiada keperluan lantik ketua pembangkang baharu

SINAR HARIAN
Azmin Ali
Azmin Ali


KUALA SELANGOR - PKR menegaskan tiada keperluan melantik bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ketua pembangkang baharu.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Pakatan Harapan tidak pernah membincangkan perkara itu, malah ia bukan topik penting untuk diketengahkan.

Beliau berkata PKR tetap dengan pendiriannya mengekalkan presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai ketua pembangkang dalam menerajui Pakatan Harapan.

"Sekarang bukan soal siapa ketua pembangkang (baharu) sebab ketua pembangkang telah pun ada iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Tidak ada cadangan untuk tukar (ketua pembangkang)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan surat kelulusan dan borang 5A Kampung Sungai Yu, di sini, hari ini.  

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar yang memetik Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar sebagai berkata bahawa Muhyiddin boleh dilantik menjadi ketua pembangkang sekiranya Parti Pribumi Bersatu Malaysia komited dengan agenda reformasi.

Pada 9 Ogos lepas, Muhyiddin dan beberapa bekas pemimpin Umno mendaftarkan parti itu, yang dikritik sebagai serpihan Umno dan tanpa motif jelas penubuhannya. –Bernama




Demikianlah Artikel Tiada keperluan lantik ketua pembangkang baharu

Sekianlah artikel Tiada keperluan lantik ketua pembangkang baharu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiada keperluan lantik ketua pembangkang baharu dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/tiada-keperluan-lantik-ketua.html

Subscribe to receive free email updates: