Judul : ADUN Sungai Pinang hadir ke SPRM
link : ADUN Sungai Pinang hadir ke SPRM
ADUN Sungai Pinang hadir ke SPRM
ANTARAPOS.COMGEORGETOWN: ADUN DAP Sungai Pinang, Lim Siew Khim, tiba di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang, di sini, pagi ini bagi membantu siasatan berhubung isu mengatur pemilikan hartanah sebuah pangsapuri kos rendah di Sungai Pinang.
Ketua Wanita DAP Pulau Pinang itu tiba bersama peguamnya, Ram Karpal Singh dan RSN Rayer, bagi sesi merekod percakapan berhubung isu berkenaan yang turut membabitkan bapanya, Lim Kiat Seong.
Isnin lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan berhubung tindakan Kiat Seong, 68 dan beberapa individu lain, yang mengatur pemilikan hartanah pangsapuri kos rendah di Sungai Pinang, di sini, sejurus menerima maklumat di laman sosial.
Ia susulan pendedahan rakaman video klip berdurasi 5.21 minit yang menjadi viral di laman sosial, memaparkan perbualan Kiat Seong bersama dua lelaki sedang membuat rundingan, dipercayai berhubung pemilikan hartanah sebuah pangsapuri kos rendah di Sungai Pinang, di sini.
Demikianlah Artikel ADUN Sungai Pinang hadir ke SPRM
Sekianlah artikel ADUN Sungai Pinang hadir ke SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel ADUN Sungai Pinang hadir ke SPRM dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/09/adun-sungai-pinang-hadir-ke-sprm.html