Zika: Pesakit wanita beransur pulih

Zika: Pesakit wanita beransur pulih - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zika: Pesakit wanita beransur pulih, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zika: Pesakit wanita beransur pulih
link : Zika: Pesakit wanita beransur pulih

Baca juga


Zika: Pesakit wanita beransur pulih

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pesakit wanita yang dijangkiti virus Zika di negara ini dilaporkan semakin pulih selepas menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB).
 
Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan (Penyakit Berjangkit) HSB, Datuk Dr Christopher Lee berkata simptom jangkitan yang dialami wanita berusia 58 tahun itu termasuk ruam sudah hilang.
 
"Kami akan melakukan ujian darah ke atasnya hari ini dan sekiranya keputusan itu negatif, dia akan dibenarkan pulang dalam tempoh beberapa hari lagi," katanya hari ini.
 
Dr Lee berkata ruam ringan yang dialaminya sudah hilang dalam masa dua atau tiga hari dan ujian darah terakhir didapati negatif.
 
Namun, hospital membuat keputusan untuk menahannya lebih lama bagi memastikan tiada jangkitan terhadap orang lain.
 
Katanya, ujian darah pada hari ini akan disahkan semula untuk memastikan dia bebas daripada virus Zika.
 
Wanita itu mendapat jangkitan Zika selepas pulang melawat anaknya di Singapura pada pada 21 Ogos.
 
Pada awalnya wanita itu mengalami ruam dan demam serta mendapat rawatan di sebuah klinik swasta di Klang.
 
Dia kemudiannya dirujuk ke HSB dan pada 31 Ogos lalu, sampel air kencingnya didapati positif virus Zika.
 
Anak perempuannya yang bekerja dan tinggal di Paya Lebar, Singapura turut dijangkiti virus itu.
 
Suami dan beberapa ahli keluarga lain wanita itu yang tinggal bersama di kediaman mereka di Ambang Botani masih belum menunjukkan sebarang tanda jangkitan.
 
Dr Lee berkata jika seorang wanita yang dijangkiti virus Zika, cecair pada farajnya mungkin mengandungi virus itu sehingga dua bulan selepas dia pulih.
 
"Jadi, jika dia melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki dalam tempoh dua bulan, lelaki itu boleh dijangkiti virus Zika.
 
"Virus itu juga boleh kekal dalam sperma lelaki sehingga enam bulan selepas pesakit pulih," katanya.
 
 


Demikianlah Artikel Zika: Pesakit wanita beransur pulih

Sekianlah artikel Zika: Pesakit wanita beransur pulih kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zika: Pesakit wanita beransur pulih dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/09/zika-pesakit-wanita-beransur-pulih.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :