Jangan guna polis alasan tak mahu isytihar harta

Jangan guna polis alasan tak mahu isytihar harta - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jangan guna polis alasan tak mahu isytihar harta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jangan guna polis alasan tak mahu isytihar harta
link : Jangan guna polis alasan tak mahu isytihar harta

Baca juga


Jangan guna polis alasan tak mahu isytihar harta

MALAYSIA DATELINE
 
 
Wan Saiful Wan JanWan Saiful Wan Jan


Jangan gunakan polis sebagai alasan untuk kita menyembunyikan maklumat daripada umum. Polis dah buat tugas mereka sekian lama dan tak pernah gagal jaga keselamatan. Saya yakin mereka akan meneruskan tugas terbaik mereka dengan menyediakan kawalan keselamatan diperlukan.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan berkata, memberi alasan keselamatan seolah-olah menghina kewibawaan pihak polis.

“Tindakan mengisytiharkan harta tidak menjadikan seseorang penjawat awam itu sasaran penjenayah sebaliknya ia satu tanggungjawab demi menunjukkan kewibawaannya kepada pengundi,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan melahirkan kebimbangan keluarganya mungkin menjadi sasaran penjenayah jika beliau bertindak mengisytiharkan harta kepada rakyat.

Isu itu timbul selepas pembangkang membuat tuntutan agar beliau dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd Amin Abd Aziz mengisytiharkan harta mereka kepada rakyat dengan kadar segera selepas Adnan memaklumkan setiap jabatan di bawah kementeriannya telah diarahkan untuk meneliti semula pengisytiharan harta pegawai bagi membendung gejala rasuah.

Ini ekoran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang pegawai tinggi DBKL bergelar ‘Datuk Seri’ bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah.

Dalam pada itu, kata Wan Saiful, mengisytiharkan harta tidak menjadikan pegawai kerajaan itu sasaran pencuri, penculik dan perompak.

“Sebaliknya, itu tanggungjawab anda sebagai pegawai kerajaan kepada pengundi. Rakyat menuntut pengisytiharan harta itu sejak zaman bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi.

“Tapi pegawai kerajaan dan ahli politik dari kerajaan serta pembangkang asyik mengelak. Bak kata pepatah, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Saiful berkata banyak negara lain yang berdepan masalah keselamatan lebih serius berjaya mengurus baik pengisytiharan harta itu dengan baik.

“Tengok Indonesia, amalan isytiharkan aset itu sudah lama dibuat. Jarang sekali kita dengar pegawai yang isytihar harta itu diculik atau dirompak selepas isytihar harta,” katanya.



Demikianlah Artikel Jangan guna polis alasan tak mahu isytihar harta

Sekianlah artikel Jangan guna polis alasan tak mahu isytihar harta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jangan guna polis alasan tak mahu isytihar harta dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/09/jangan-guna-polis-alasan-tak-mahu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :