Anak Najib Tanya Ni.. Kenapa Bapak Dia Tak Boleh Kempen Dari Penjara?

Anak Najib Tanya Ni.. Kenapa Bapak Dia Tak Boleh Kempen Dari Penjara? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anak Najib Tanya Ni.. Kenapa Bapak Dia Tak Boleh Kempen Dari Penjara?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anak Najib Tanya Ni.. Kenapa Bapak Dia Tak Boleh Kempen Dari Penjara?
link : Anak Najib Tanya Ni.. Kenapa Bapak Dia Tak Boleh Kempen Dari Penjara?

Baca juga


Anak Najib Tanya Ni.. Kenapa Bapak Dia Tak Boleh Kempen Dari Penjara?

Anak perempuan Najib Razak, Nooryana Najwa menyoal mengapa ketua pembangkang ketika dipenjarakan Anwar Ibrahim boleh berkempen untuk isterinya pada pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 2015.

Kata Nooryana, sedangkan bapanya pula dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan dari penjara berhubung pilihan raya umum (PRU15) akan datang.

"Kenapa Anwar boleh tapi Najib tak boleh," katanya pada hantaran di Instagram semalam.

Dia juga memuat naik petikan berita mengenai Anwar, yang mesejnya disampaikan melalui peguamnya Latheefa Koya agar rakyat mengundi PKR dan calonnya ketika itu Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pada 2015, Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun atas tuduhan liwat.

Petikan berita kedua yang disiarkan Nooryana memaparkan kenyataan Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara Supri Hashim.

Supri berkata banduan yang sedang menjalani hukuman di penjara tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan untuk tujuan berkempen sempena PRU15.

Jelasnya, larangan itu turut termasuk bekas perdana menteri Najib Razak.

Menurut Supri, sebarang surat yang mahu dihantar kepada keluarga, dokumen atau apa jua urusan, akan ditapis terlebih dahulu oleh pihak Jabatan Penjara.

"Jabatan Penjara tiada kena mengena dengan politik dan kami hanya laksanakan tanggungjawab waima apa pun kerajaan yang memerintah,” katanya, lapor Bernama.

Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun dan didenda RM210 juta selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan bersalah dalam kes menyelewengkan dana SRC International Sdn Bhd.


Demikianlah Artikel Anak Najib Tanya Ni.. Kenapa Bapak Dia Tak Boleh Kempen Dari Penjara?

Sekianlah artikel Anak Najib Tanya Ni.. Kenapa Bapak Dia Tak Boleh Kempen Dari Penjara? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anak Najib Tanya Ni.. Kenapa Bapak Dia Tak Boleh Kempen Dari Penjara? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/10/anak-najib-tanya-ni-kenapa-bapak-dia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :