Judul : Kementerian nafi soalan UPSR berbaur perkauman
link : Kementerian nafi soalan UPSR berbaur perkauman
Kementerian nafi soalan UPSR berbaur perkauman
ANTARAPOS.COMPUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan menafikan dakwaan bahawa soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 berbaur perkauman seperti yang disebarkan di media sosial.
Menurutnya, hasil siasatan oleh Lembaga Peperiksaan mendapati soalan itu bukan soalan yang terdapat dalam peperiksaan berkenaan.
"Kementerian Pendidikan amat kesal dengan kenyataan yang tidak benar ini. Sebenarnya soalan yang dibina dalam setiap kertas soalan oleh Lembaga Peperiksaan melalui proses penilaian bagi memastikan kecukupan kurikulum dan menepati objektif mata pelajaran berkaitan.
"Pihak Lembaga Peperiksaan amat mementingkan keharmonian kaum dan perpaduan rakyat terutama dalam konteks soalan peperiksaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, timbul dakwaan wujud unsur perkauman dalam soalan UPSR 2016 bagi peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 2 seperti yang tersebar di media sosial.
Demikianlah Artikel Kementerian nafi soalan UPSR berbaur perkauman
Sekianlah artikel Kementerian nafi soalan UPSR berbaur perkauman kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kementerian nafi soalan UPSR berbaur perkauman dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/09/kementerian-nafi-soalan-upsr-berbaur.html