Judul : Logo Halal Tambahan Hanya Mencari Untung?
link : Logo Halal Tambahan Hanya Mencari Untung?
Logo Halal Tambahan Hanya Mencari Untung?
Rancangan memperkenalkan piawaian halal baru khususnya produk yang dihasilkan syarikat milik umat Islam tidak perlu kerana ia boleh mendatangkan kekeliruan, kata Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman.
Beliau berkata adalah lebih baik sekiranya pihak terlibat berusaha meningkatkan kualiti produk halal. “Sepatutnya kita tingkatkan kualiti halal yang sedia ada bukannya menambahkan lagi jumlah logo halal,” kata Abdul Rahman kepada FMT. Menurutnya, sijil halal yang diperkenalkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah sempurna dan diyakini seluruh dunia. “Logo sedia ada (oleh Jakim) sudah ada jaminan oleh kerajaan dan Jakim, malah orang percaya seluruh dunia. “Biar Jakim sahaja yang tentukan status halal itu supaya memudahkan orang ramai tidak was-was malah memudahkan kerja pihak berkuasa untuk membuat pemantuan.” Sabtu lepas, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (Ikiam) dan Risda dilaporkan bakal melancarkan logo halal baharu awal tahun depan khusus bagi produk keluaran Muslim Menurut Pengerusi Risda, Datuk Zahidi Zainul Abidin, ia bertujuan mengesahkan produk itu keluaran usahawan Muslim selepas, sebagai tambahan kepada sijil halal yang dikeluarkan Jakim. Abdul Rahman turut tidak menolak rancangan itu mungkin bertujuan memperolehi keuntungan atas nama Islam. “Saya nampak begitu (ingin mencari keuntungan). Kalau dulu sebelum Jakim ambil alih, status halal diserah kepada pihak swasta, sebab swasta akan cari keuntungan. “Jadi saya rasa di bawah kerajaan dan Jakim ini sudah elok, kerana bebas daripada keuntungan,” katanya.
Demikianlah Artikel Logo Halal Tambahan Hanya Mencari Untung?
Sekianlah artikel Logo Halal Tambahan Hanya Mencari Untung? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Logo Halal Tambahan Hanya Mencari Untung? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/09/logo-halal-tambahan-hanya-mencari-untung.html