Judul : NAMA TAK PENTING, YANG PENTING PPBM BAKAL JADI KERAJAAN BARU MENGGANTIKAN UMNO
link : NAMA TAK PENTING, YANG PENTING PPBM BAKAL JADI KERAJAAN BARU MENGGANTIKAN UMNO
NAMA TAK PENTING, YANG PENTING PPBM BAKAL JADI KERAJAAN BARU MENGGANTIKAN UMNO
shahbudindotcom
Pendaftar Pertubuhan, sebagaimana yang dijanjikan oleh Zahid Hamidi, meluluskan parti baru yang diinisiatifkan oleh Tun Mahathir Mohamad dan diketuai oleh Muhyiddin Yassin hari ini iaitu genap sebulan selepas pendaftarannya dikemukakan pada 9 Ogos lalu.
Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi memberitahu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak dibenar menggunakan singkatan nama BERSATU, sebaliknya akan dikenali sebagai PPBM.
Tambah Zahid, nama BERSATU tidak dibenar untuk digunakan kerana sudah terdapat enam parti dan organisasi lain yang menggunakan nama "Bersatu" pada nama pertubuhan mereka.
Walaupun mungkin ada yang kecewa dengan keputusan Pendaftar Pertubuhan tidak membenarkan penggunaan nama BERSATU itu, sekurang-kurangnya kini sudah ada wadah yang sah yang untuk menyertai pilihanraya dan menggiatkan lagi usaha menyingkirkan Najib Razak.
Apa pun nama tidaklah sepenting PPBM itu sendiri yang sudah diluluskan. Apa juga nama boleh disebut dan dikenali, tetapi yang penting ialah perjuangan yang dibawanya.
Tidak guna mempunyai nama yang indah dan baik-baik jika akhirnya menjadi penyangak atau penjenayah. Kadang-kadang nama yang terlalu indah juga boleh menjadi suatu tekanan. Baik kepada parti atau manusia, nama yang biasa-biasa sudah memadai sebenarnya.
Asalkan nama yang diberi atau diluluskan itu tidak terlalu buruk dan maksudnya pula tidak mengelirukan, PPBM harus diterima seadanya.
UMNO, PKR, DAP, MCA, MIC, PBS dan lain-lain parti juga menggunakan singkatan berdasarkan nama penuhnya. Maka, tidak ada yang peliknya dengan nama PPBM yang diluluskan itu.
Mungkin pada permulaan ini, nama PPBM agak janggal dan susah disebut berbanding BERSATU, tetapi lama kelamaan ia akan jadi biasa akhirnya.
Selain nama PPBM yang harus dibiasakan, yang lebih penting mesti ditekankan ialah perjuangan PPBM itu sendiri ingin membersihkan kekotoran dalam negara yang diakibatkan oleh Najib dan UMNO selama ini.
Ia tidak seperti UMNO yang cenderung mempertahankan Najib meskipun kekotoran dan onarnya menjadi perbualan seluruh dunia, PPBM sebaliknya bersama Pakatan Harapan bakal menjadi sebuah kerajaan baru menggantikan BN.
Demikianlah Artikel NAMA TAK PENTING, YANG PENTING PPBM BAKAL JADI KERAJAAN BARU MENGGANTIKAN UMNO
Sekianlah artikel NAMA TAK PENTING, YANG PENTING PPBM BAKAL JADI KERAJAAN BARU MENGGANTIKAN UMNO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel NAMA TAK PENTING, YANG PENTING PPBM BAKAL JADI KERAJAAN BARU MENGGANTIKAN UMNO dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/09/nama-tak-penting-yang-penting-ppbm.html