Judul : PILIHANRAYA MENGEJUT : YANG BODOH & YANG MENIPU !
link : PILIHANRAYA MENGEJUT : YANG BODOH & YANG MENIPU !
PILIHANRAYA MENGEJUT : YANG BODOH & YANG MENIPU !
Sebelum ini, MiM telah menulis tentang kenyataan Azmin Ali yang menolak cadangan Lim Kit Siang supaya diadakan Pilihanraya negeri di Selangor lebih awal daripada PRU14.Azmin dilaporkan berkata tidak perlu (pilihan raya mengejut) sebab mandat yang diberi rakyat Selangor pada 2013 diberi untuk tempoh 5 tahun. Kenyataan itu secara langsung juga terpalik kepada Guan Eng yang juga mahukan pilihanraya mengejut di Pulau Pinang.
Baca: http://ift.tt/2ctK5rfTetapi rakyat tentu sudah sedia maklum dengan sikap kurang ajar, rasis, cauvinis dan sombong bongkak parti DAP. Yang terbaru pula ialah kenyataan Tony Pua;
"Adalah bodoh jika kamu berkata kita harus mengadakan pilihan raya selepas persempadanan semula selesai,"Sekarang timbul soalan, siapakah yg bodoh itu? Azmin Ali?
Sandiwara Pembangkang ini diteruskan apabila Azmin Ali mengeluarkan kenyataan yang mendakwa bahawa kenyataan Tony Pua itu adalah 'pandangan peribadi' sahaja. Media melaporkan Azmin Ali menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mengenai pilihan raya awal di negeri itu adalah pandangan peribadi.
Ini berikutan kenyataan Ketua DAP Selangor itu yang menuntut supaya pilihan raya negeri diadakan lebih awal sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyelesaikan proses persempadanan semula pilihan raya.
"Tak apa, itu pandangan dia (Tony Pua).Apakah benar ianya hanya 'pandangan peribadi' Tony Pua sahaja?
Kenyataan Azmin ini berlainan dengan kenyataan awal Tony Pua yang berkata ianya adalah keputusan mesyuarat DAP negeri!
Siapakah yang berbohong?
Dalam masa kita menyaksikan perebutan kuasa di antara parti-parti pembangkang ini, kita juga perlu bertanya, apakah kaum Melayu sudah bersedia untuk menghadapi PRU14 ini?
Berapa ramaikah pemuda pemudi Melayu yang telah mendaftar sebagai pengundi baharu?
Soalan-soalan ini timbul apabila beberapa foto yang menunjukkan pemuda pemudi kaum Cina yang ramai mendaftarkan diri sebagai pengundi.
Maka kita akan bertanya, sejauh manakah pemuda pemudi kaum Melayu serius untuk mendaftarkan diri dan sejauh manakah pemahaman mereka tentang kepentingan kuasa politik di negara ini?
Kerana itu jugalah kaum Melayu perlu sentiasa menjalankan tugas mereka untuk menjadi pengundi. Dan kita perlu ingat bahawa jika PRU14 jatuh pada suku pertama tahun 2017, maka tarikh akhir untuk mendaftar sebagai pengundi adalah pada 30 September ini.
p/s : Jika kita layari portal Suruhanjaya Pilihanraya, terdapat satu sistem yang menyediakan kemudahan untuk menyemak lebih dari seorang pemilih yang telah disahkan secara serentak : http://ift.tt/1NHTmKO
Demikianlah Artikel PILIHANRAYA MENGEJUT : YANG BODOH & YANG MENIPU !
Sekianlah artikel PILIHANRAYA MENGEJUT : YANG BODOH & YANG MENIPU ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PILIHANRAYA MENGEJUT : YANG BODOH & YANG MENIPU ! dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/09/pilihanraya-mengejut-yang-bodoh-yang.html