Bas percuma Smart Selangor diperluas ke Puchong & Kinrara

Bas percuma Smart Selangor diperluas ke Puchong & Kinrara - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bas percuma Smart Selangor diperluas ke Puchong & Kinrara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bas percuma Smart Selangor diperluas ke Puchong & Kinrara
link : Bas percuma Smart Selangor diperluas ke Puchong & Kinrara

Baca juga


Bas percuma Smart Selangor diperluas ke Puchong & Kinrara

OLEH NORHAYATI UMOR


SUBANG JAYA: Dua laluan baru bagi perkhidmatan bas percuma Smart Selangor diperluaskan ke kawasan Puchong dan Kinrara, bermula Jumaat ini (28 Oktober).

Yang DiPertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Dato’ Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, laluan baru itu dibuka ekoran sambutan memberangsangkan di sekitar pentadbiran.

Katanya, laluan baru itu dijangka mempunyai bilangan ‘ridership’ yang tinggi kerana menghubungkan antara Puchong dan Subang Jaya yang tidak mempunyai perkhidmatan bas ketika ini.

“Begitu juga dengan laluan Kinrara. Ia diintegrasi dengan baik yang menghubungkan stesen LRT dengan kediaman penduduk yang berkepadatan sederhana dan tinggi,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan, di sini.

Nor Hisham berkata sebanyak RM1.25 juta diperuntukan Kerajaan Negeri bagi satu laluan manakala satu laluan lagi di bawah tanggungan MPSJ.

“Empat buah bas disediakan dan jumlah keseluruhan dianggarkan sebanyak RM2.5 juta. ‘Business model’ yang diberikan untuk 12 meter bas adalah RM800 sehari.

“Kaedah perlaksanaan perkhidmatan bas MPSJ dilaksanakan melalui pendekatan kaedah kontrak/perjanjian antara MPSJ dengan Rapid KL dari tempoh pelaksanaan 12 bulan,” katanya.

Laluan 2 akan membabitkan Tesco Puchong-IOI- Mall Sunway Medical Centre-Sunway Piramid-Kompleks 3C-LRT SS18-Kolej Inti-Skypod Residence-Tesco Puchong.

Laluan 3 membabitkan LRT BK5-SMK Bandar Kinrara-Pasar Pagi TK3-SMK Batu 8-SMK Bandar Puchong Jaya-Taman Paik Siong-Kinrara Court-LRTBK5.

Pelaksanaan perkhidmatan itu sebagai galakan kepada penduduk untuk meningkatkan ‘modal share’ iaitu menggalakan penggunaan pengangkutan awam berbanding kenderaan persendirian.EZY



Demikianlah Artikel Bas percuma Smart Selangor diperluas ke Puchong & Kinrara

Sekianlah artikel Bas percuma Smart Selangor diperluas ke Puchong & Kinrara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bas percuma Smart Selangor diperluas ke Puchong & Kinrara dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/10/bas-percuma-smart-selangor-diperluas-ke.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :