Fomca gesa kerajaan peka tahap keselamatan hospital, elak insiden HSA berulang

Fomca gesa kerajaan peka tahap keselamatan hospital, elak insiden HSA berulang - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Fomca gesa kerajaan peka tahap keselamatan hospital, elak insiden HSA berulang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Fomca gesa kerajaan peka tahap keselamatan hospital, elak insiden HSA berulang
link : Fomca gesa kerajaan peka tahap keselamatan hospital, elak insiden HSA berulang

Baca juga


Fomca gesa kerajaan peka tahap keselamatan hospital, elak insiden HSA berulang

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menggesa kerajaan untuk lebih peka terhadap tahap keselamatan di bangunan-bangunan kerajaan khususnya hospital, bagi mengelakkan insiden kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA) berulang.   
 
Timbalan Presiden Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, insiden yang meragut enam nyawa di HSA sudah cukup untuk menjadi 'penggera' agar tindakan dan langkah keselamatan lebih diperhalusi dan diteliti selepas ini.    
 
"Bangunan-bangunan lama ini wajar perlu menjalani pemeriksaan semula bagi memastikan ianya selamat terutama sekali bila melibatkan sistem pendawaian atau apa jua aspek berkaitan keselamatan.
 
"Termasuk juga perlu adanya pintu keselamatan supaya kalau berlaku kebakaran dan sebagainya, ia boleh mengelakkan lemas asap. 
 
"Mungkin bila berlaku insiden di HSA ini barulah perkara-perkara itu dibangkitkan, maksudnya sebelum ini bila tak ada insiden itu kerajaan terlepas pandang atau anggap ia bukan perkara besar," katanya kepada Antarapos.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam bahawa 48 hospital berusia lebih 50 tahun di seluruh negara akan menjalani proses audit keselamatan.
 
Dalam pada itu tambah Yusof, sekarang bukanlah masa untuk menuding jari kepada mana-mana pihak, sebaliknya semua pihak perlu mengambil iktibar seterusnya bekerjasama demi memastikan tahap keselamatan di hospital terjamin. 
 
Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, enam pesakit maut apabila wad Unit Rawatan Rapi di tingkat dua bangunan lima tingkat HSA terbakar.
 
Manakala seorang lagi pesakit berjaya diselamatkan. 
 
Tiga kakitangan hospital itu cedera dan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail.
 
 


Demikianlah Artikel Fomca gesa kerajaan peka tahap keselamatan hospital, elak insiden HSA berulang

Sekianlah artikel Fomca gesa kerajaan peka tahap keselamatan hospital, elak insiden HSA berulang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Fomca gesa kerajaan peka tahap keselamatan hospital, elak insiden HSA berulang dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/10/fomca-gesa-kerajaan-peka-tahap.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :